Membantu Dengan Berkongsi Pengalaman Kerjaya

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam kehidupan ini tak lari dari menyimpan cita-cita, mungkin selalu kita zahirkan apa yang ingin kita kerja suatu hari nanti. Tapi kebanyakannya masih tidak mengetahui bagaimana untuk mencapainya..Pembaca xpresi datangnya dari seluruh dunia dan pelbagai latarbelakang pekerjaan.

Mungkin hari ini kita cukup bersyukur bila kita telah mendapat pekerjaan yang kita idamkan ataupun berasa gembira dengan bidang pekerjaan sekarang. Kini terdapat ribuan pekerjaan di pasaran sekarang..Mungkin kita adalah doktor, peguam, jurutera, pensyarah, nelayan berjaya atau sebagainya…Namun demikian, masih ramai lagi mereka yang tidak bernasib baik dan masih tercari-cari Bagaimana untuk bekerjaya seperti anda.

Mungkin ada baiknya jika kita berkongsi kejayaan atau pengalaman kita pada mereka, supaya apa yang kita tulis itu secara tidak langsung merupakan amal kebaikan kita. Sumbangan ilmu dan didikan kita itu sentiasa bertambah dengan sentiasa dibaca dan mendidik pembacanya walaupun kita sedang tidur di malam hari.

Info Tambahan :  Laman Web Mencari Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan Sekolah

Oleh itu, marilah jadi Sahabat Kerjaya@Xpresi.. Untuk memudahkan, Saya ada menyediakan borang ringkas untuk tuan dan puan isi. Hasil maklumat tuan/puan itu akan saya baca dan terbitkan untuk bacaan sesiapa sahaja yang melawat xpresi ini. Saya juga akan meletakkan nama dan tempat tuan dan puan sebagai sumber untuk dirujuk, itupun jika ingin didedahkan nama anda..tetapi jika memilih hanya untuk berkongsi, anda boleh untuk meninggalkan kosong untuk kotak nama dan tempat itu.

Sumbangan tuan/puan amat saya hargai..semoga ia menjadi ilmu yang mampu mendidik pembaca selamanya, dan mungkin ilmu itulah juga mampu menjadikan pembaca itu sehingga dapat memberi makan kepada anak-anaknya hasil motivasi dan tunjuk ajar tuan/puan..

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Jika Tuan/Puan berminat.. dengan berbesarhati saya sediakan BORANG TEMUBUAL yang perlu anda isi..Klik sini untuk soal selidik Sahabat Kerjaya@Xpresi anda juga boleh mengisi borang dengan klik link Sahabat Kerjaya @Xpresi di kanan web ini.

***Borang soal selidik ini akan sentiasa dibuka selagi ia masih diperlukan oleh pembaca xpresi.org ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *