Membuat Pertimbangan Memilih Pengajian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Membuat Pertimbangan Memilih Pengajian 1

Rajah di atas menunjukkan aspek-aspek yang boleh dipertimbangkan sekiranya ingin menyambung pengajian lepas SPM ataupun STPM. Dari rajah jelas menunjukkan peluang pekerjaan adalah faktor terpenting yang perlu dipertimbangkan sekiranya ingin memilih kursus yang ditawarkan. Hal ini kerana keadaan yang sengit sekarang menyukarkan untuk mencari pekerjaan terutama bidang kerajaan yang agak sukar. Dari graf ia menunjukkan hampir separuh pengundi xpresi.org memilih tentang peluang pekerjaan.

Kedua tertinggi pula mendapat undian 26% iaitu mementingkan minat, minat ini juga perlu difikirkan apabila hendak membuat pertimbangan kerana ia juga melibatkan motivasi kerja dan kualiti kerja suatu hari nanti. Sekiranya hanya mementingkan peluang pekerjaan, mungkin akan tidak akan bertahan lama dalam bidang bekenaan dan mungkin juga sukar untuk cemerlang dalam kerjaya yang diceburi sekiranya pekerjaan tersebut bukan minatnya.

Faktor-faktor lain mencatatkan sedikit undi sahaja iaitu kesusahan belajar, jangkamasa, tempat belajar dan pertimbangan kos.

Dari rajah dapat dirumuskan faktor petimbangan peluang pekerjaan dan minat bidang bekenaan adalah menjadi pilihan pelawat xpresi. Manakala kos pengajian bukan merupakan halangan untuk belajar. “ tak tau knape..kaya kot..hehehe “

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *