Memohon di SPA menjadi pilihan kerana SPA merupakan institusi yang menyediakan jawatan kosong untuk semua institusi kerajaan tidak kira berkelulusan sijil sehingga PHD. Hasil undian teramai itu juga menggambarkan bekerja kerajaan menjadi pilihan ramai pelawat xpresi.
Kedua tertinggi undian pula ialah memohon kerja di job Malaysia. Job Malaysia ini ialah satu institusi yang menyediakan pekerjaan tidak kira untuk kerajaan ataupun swasta. Dengan pungutan undi tertinggi mohon SPA dan Job Malaysia menunjukkan lepasan STPM lebih gemar membuat keputusan terus bekerja dari belajar.
Mengulang STPM dan Memohon kolej swasta pula mejadi pilihan paling sedikit. Hal ini mungkin kebanyakan yang gagal melayakkan diri ke universiti mula berputus asa dan rasa tidak mampu untuk mengulang kembali STPM. Kolej swasta pula menjadi pilihan terakhir mungkin kerana kos universiti swasta yang tinggi hingga menyukarkan bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Kesimpulan, hasil undian jelas menunjukkan pengundi lebih suka memilih sektor kerajaan berbanding swasta, target pengundi juga lebih gemar terus bekerja berbanding belajar kembali. Bagi mereka yang gagal ditawarkan keuniversiti seharusnya membuat keputusan yang baik. Aspek menjamin masa hadapan perlu diambil kira ketika hendak membuat keputusan.
3 thoughts on “Membuat Pilihan Selepas Gagal Permohonan Universiti Lepasan STPM”
macam mana kita nak mengulang stpm.. mohon respon..
SAYA PERLUKAN PERKERJAAN.