Memburu keseronokan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap manusia sebenarnya mempunyai matlamat tersendiri, kerap kali kita akan berusaha mencapai matlamat yang ingin kita capai. Mungkin ada yang mengimpikan kehidupan yang lebih selesa, tenang ataupun gembira. Matlamat itu diertikan dengan cemerlang samaada dalam pencapaian akademik, pangkat, gaji, bayaran, jualan, tukaran, keindahan, kepunyaan  dan banyak lagi.

Tetapi pernahkah kita berasa sedih, kecewa, sakit, pedih, merana sepanjang menuju matlamat kita itu? Sebagai contoh seorang pelajar mengejar semua A dalam SPM kerap kali merasa terbeban untuk mengulangkaji, pekerja yang mengejar kenaikan pangkat berasa terbeban sepanjang tempoh kenaikan gajinya, seseorang berasa keletihan apabila hendak sampai ke destinasinya dan sebagainya.

Kenapakan ini berlaku? hal ini ada bersangkutan  dengan pemikiran kita yang bermain dilingkungan matlamat kita itu sedangkan kita masih tidak sampai dan ditampuk yang sama. Jangkauan pemikiran yang jauh ini menyebabkan kita rasa terseksa sehinggalah kita sampai ke matlamat kita itu, Gestalt Therapy ada menyebut tentang Here and Now dimana apa jua yang kita fikir haruslah berkisarkan sekarang dan menjadi masalah jika terlalu membayang dan terlalu berperanan seperti masa depan.

Sebagai contoh perasankah anda kadang kala sekiranya anda hendak ke suatu tempat, anda berasa seronok ke tempat tersebut. anda membayangkannya. tetapi anda kurang berminat memandu ke tempat itu. Bila berlaku anda terpaksa juga memandu ke tempat itu menyebabkan anda berasa sedih, letih sepanjang pejalanan itu. Ini ada bersangkutan dengan Teori tadi.

Bagaimanakah untuk kita gembira, seronok mencapai impian kita? ya, berdasarkan prinsip Here and Now tadi dengan kita menikmati setiap inci perjalanan kita ke impian kita tadi. Sebagai contoh, sekiranya ingin kita ke sesuatu tempat, kita haruslah sentiasa berehat ataupun menikmati keindahan pada setiap kilometer. Bagi yang ingin cemerlang akedemik, kita perlu mencari kegembiraan pada setiap hari pembelajaran kita atau setiap hari pada persekolahan kita. Jika pemikiran ini terus diterapkan. Anda akan gembira sentiasa dan membantu anda lebih cemerlang mencapai matlamat anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top