Memelihara kehormatan remaja perempuan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Didalam menjaga kehormatan dan keselamatan remaja perempuan, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting. Terdapat 7 perkara yang perlu diambil kira sekiranya anak perempuan ingin keluar dari rumah.

Adalah menjadi paling utama tidak membenarkan anak keluar secara bersendirian, hal ini kerana keluar bersendirian mendedahkan diri menjadi mangsa orang yang berniat jahat. Ibu bapa perlu pastikan ia ditemani oleh abg, kakak ataupun adik beradik lelaki.

Keluar dengan lelaki ? sesuatu yang terang lagi bersuluh apabila keluar dengan lelaki adalah bahaya serta boleh membuat fitnah orang sekeliling.

Jangan naik motosikal ataupun kereta bersama kawan lelaki. Motosikal ini mengalakkan bersentuhan sehingga menjadi fitnah dan kereta pula boleh menimbulkan perasaan yang tidak baik terutama keadaan yang sejuk dan sunyi.

Pakaian yang menutup aurat dan sopan. Hal ini penting kerana pakaianlah yang boleh menjadi factor penarik dan mampu mempengaruhi pandangan dan perasaan orang sekeliling.

Keluar pada waktu malam sangat tidak sesuai ataupun  pulang pada waktu malam. Hal ini kerana pada waktu malam jumlah orang diluar adalah kurang serta jika berlaku sesuatu yang tidak disangka ia akan lewat sehingga pagi.

Jauhi kawasan budak lelaki berkumpul dan laluan yang sunyi, keadan ini perlu dielakkan kerana budak lelaki mungkin tidak dapat mengawal perasaan dan kadangkala suka mengusik.

Adalah penting juga untuk tidak memerima perlawaan sesiapa sahaja yang tidak dikenali samaada untuk ditumpangkan ataupun belanja makan.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here