Memilih Aliran Sastera Atau Aliran Sains

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setelah tamat PT3, pelajar perlu memilih aliran yang tepat dan bersesuian dengan minat masing-masing. Pelajar perlu memilih aliran sastera atau aliran sains dan juga ada juga aliran lain. Pastikan juga aliran yang dipilih bersesuaian dan dapat membantu mempelbagaikan pilihan apabila tamat SPM nanti. Satu perkongsian dari seorang kaunselor halatuju yang mungkin membantu  berkaitan pemilihan aliran ini.

Memilih Aliran Sastera dan Sains

Memilih Aliran Sastera Atau Aliran Sains
Memilih Aliran Sastera Atau Aliran Sains

Di peringkat sekolah, ada berbagai-bagai nama aliran pengajian tingkatan 4 & 5 mengikut pakej mata pelajaran yang ditawarkan kepada pelajar seperti :

  • Sains Tulen
  • Sains Teknologi
  • Sains Perakaunan
  • Sains Pengajian Islam
  • Perakaunan
  • Sastera Iktisas
  • Sastera Pendidikan Seni
  • Sastera Pengajian Islam

….dan berbagai lagi nama

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Namun setelah pelajar menduduki SPM dan mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA (melalui UPU) apa yang ada berdasarkan UPU (Kementerian Pendidikan Tinggi) hanya 2 (dua) aliran sahaja – Sains atau Sastera .

Pelajar dianggap sebagai pelajar aliran sains adalah pelajar yang mendaftar mengambil sekurang-kurangnya 4 (empat) daripada 5 (lima) mata-mata pelajaran berikut untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):

  1. Matematik
  2. Matematik Tambahan
  3. Fizik
  4. Kimia
  5. Biologi atau salah satu mata pelajaran berikut:

Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik/ Mekanikal; RekaCipta; Lukisan Kejuruteraan; Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Peng. Sains Sukan

Selain daripada mata-mata pelajaran lain (Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral dll..)

Manakala pelajar aliran Sastera adalah pelajar yang mendaftar mengambil mata pelajaran untuk peperiksaan SPM selain daripada kombilasi di atas (aliran sains)

Info Tambahan :  Belajar Seni Bina atau Kejuruteraan Pada Tahun 2023?

Walaupun disebut hanya 4 daripada 5 mata pelajaran (untuk aliran sains) jika pelajar hanya mengambil hanya 4 daripada 5 mata pelajaran di atas, ianya akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA (universiti awam & politeknik premier) kerana selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan untuk program yang dipohon, 5 mata pelajaran tersebut juga adalah merupakan 5 mata pelajaran utama untuk kiraan merit (meritokrasi) kemasukan ke IPTA.

Ketiadaan satu mata pelajaran daripada 5 mata pelajaran untuk kiraan merit boleh menjejaskan sehingga 20% keseluruhan markah merit dan seterusnya akan menjejaskan peluang untuk mendapat tempat di IPTA. Kredit : Mustaffa Abdullah

2 thoughts on “Memilih Aliran Sastera Atau Aliran Sains”

  1. Pingback: 4 Halatuju Aliran Sains SPM dan Kelebihan – Xpresi

  2. Pingback: Contoh Pengiraan Merit Ke IPTA dan Politeknik –Xpresi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top