Memilih Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Terdapat beberapa perkara yang perlu setiap pelajar dan ibu bapa pertimbangkan untuk memilih diploma dan ijazah sarjana muda. Perlu diingatkan setiap pilihan mampu mengubah halatuju dan pastikan halatuju yang dipilih berbaloi dengan usaha yang telah dan akan dilakukan pelajar. Satu perkogsian menarik dari sumber yang boleh difikir bersama berkaitan pemilihan halatuju ini.

Apa yang menimbulkan sedikit kerisauan adalah apabila megetahui dan melihat ada pelajar dan juga ibubapa yang dari awal membuat keputusan memilih laluan diploma sebagai laluan utama untuk seterusnya ke ijazah sarjana muda. Ini termasuklah diploma IPTA / ILKA / Kolej vokasional. Bukan tidak boleh tetapi ianya bukanlah laluan terbaik untuk ke ijazah sarjana muda berbanding laluan pra-universiti (asasi / matrikulasi).

Untuk itu saya sering berpesan kepada calon SPM supaya berusaha untuk mencapai keputusan cemerlang di dalam SPM untuk layak ke asasi/matrikulasi untuk seterusnya ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, begitu juga kepada pelajar calon dan lepasan PT3 untuk melalui proses yang sama jika mereka “mempunyai cita-cita kerjaya memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda”.

Memilih laluan diploma IPT (IPTA/IPTS) memerlukan pelajar memperolehi keputusan cemerlang untuk layak memohon dan mendapatkan perpindahan kredit (pengecualian) untuk dapat memendekkan tempoh pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Begitu juga jika lepasan PT3 memilih laluan diploma kolej vokasional yang akan memerlukan pelajar memperolehi keputusan cemerlang selain daripada keperluan mendapatkan APEL untuk ke ijazah sarjana muda.

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

Perlu diperbetulkan persepsi bahawa dengan memiliki kelayakan diploma bukanlah suatu yang automatik untuk pelajar terus ke ijazah sarjana muda selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma. Perlu memperolehi pencapaian minima untuk layak memohon dan layak memohon itu pun belum tentu lagi terjamin mendapat tempat kerana permohonan akan dinilai berdasarkan meritokrasi dan kekosongan tempat.

Walau bagaimana pun ini tidaklah menafikan peluang untuk lepasan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda atau lebih jauh daripada itu, cuma itulah proses dan cabaran yang perlu dilalui jika memilih laluan diploma. Bagi pelajar yang terpaksa melalui program diploma peluang tetap terbuka asalkan sanggup berusaha keras untuk pencapaian yang lebih cemerlang untuk membuka semula peluang ke ijazah sarjana muda.

Adalah tidak tepat jika di’kira’ tempoh pengajian selepas PT3 seperti berikut, yang mana jika dibandingkan akan nampak laluan diploma Kolej Vokasional yang lebih cepat untuk mendapatkan ijazah sarjana muda – persepsi yang tidak tepat

Memilih diploma
Memilih diploma

Laluan Kolej Vokasional

Diploma Kolej Vokasional = 4 tahun

Ijazah Sarjana Muda = 3 – 4 tahun

JUMLAH = 7 – 8 tahun

Laluan SPM

Tingkatan 4 & 5 (SPM) = 2 tahun

Diploma IPTA/IPTS/ILKA = 3 tahun

Ijazah Sarjana Muda = 3 – 4 tahun

JUMLAH = 8 – 9 tahun

Lepasan diploma dari Kolej Vokasional perlu memenuhi kritera yang tetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dari segi pengalaman berkerja (APEL) yang boleh dirujuk di http://www.mqa.gov.my/portalmq…/…/en/kenyataanmedia06jan.cfm dan slide yang disertakan yang menjadikan tempoh pengajian tidaklah secepat yang disangkakan.

Info Tambahan :  7 Peluang Kerjaya di Bidang Teknologi 2023

Juga perlu difahami tujuan dan matlamat sebenarnya program diploma kolej Vokasional ini diwujudkan iaitu

70% – memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan kerajaan untuk menyertai dunia pekerjaan sebagai pekerja terlatih

20% – melanjutkan pengajian atau latihan lanjutan di peringkat yang lebih tinggi

10% – berupaya untuk menjadi usahawan yang berjaya di dalam bidang pilihan mereka

Pengajian di Kolej Vokasional adalah terbaik untuk menjadi pekerja terlatih, dan jika pelajar ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda untuk memperolehi kelayakan yang diperlukan bagi mengisi jawatan @pekerjaan yang memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda, pilihlah untuk ke tingkatan 4, 5 dan seterusnya menduduki SPM, atau jika memilih laluan diploma maka itulah proses yang pelajar akan lalui.

Buatlah pilihan yang tepat berdasarkan apa yang pelajar ingin capai, tanpa perlu mempersoalkan, membincang atau sehingga berdebat membandingkan yang mana lebih baik antara program kemahiran dan program akademik, kerana setiap satunya dibangunkan dengan tujuan tersendiri terbaik untuk mereka yang meminati bidang yang dipilih itu.

Sumber : Mustaffa Abdullah, perunding halatuju.

p/s : Satu perkongsian yang baik untuk pemilihan haluan pelajar diploma atau ijazah sarjana muda

One thought on “Memilih Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *