Memilih Taska untuk Anak Anda (Hanya 8 Langkah)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Menghantar anak ke Taska juga perlukan ketelitian, memilih taska untuk anak juga perlu dan beberapa langkah juga disertakan untuk panduan. Seperti yang semua sedia maklum, zaman moden kini, semua orang sibuk mencari dan mengejar duniawi. Benarlah, itu tidak salah, tapi berpada-padalah. Oleh kerana ibu bapa bersikap demikian, maka anak-anak pun terabai, namun ibu bapa mempunyai pilihan untuk mengupah pengasuh bagi anak-anak mereka yang masih kecil. Sesetengah yang berkemampuan menggaji pengasuh yang tetap dan peribadi untuk anak mereka di rumah. Namun, pada mereka yang kurang tetapi memerlukan khidmat asuhan, maka bolehlah dihantar ke taska. Di sini juga menjadi tempat yang membolehkan kanak-kanak bersosial dan belajar.

Taska yang ceria

Ruang yang penuh ceria

Maka, yang berikut merupakan 8 langkah mudah tetapi amat penting bagi menentukan kesejahteraan anak-anak anda kelak.

1. Pilihlah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

2. Pastikan sijil Perakuan Pendaftaran Asal dipamerkan di tadika tersebut.

3. Pastikan juga pengasuh yang ditugaskan di taska tersebut adalah warganegara Malaysia – bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik di kemudian hari.

4. Ibu bapa juga perlu memastikan para pengasuh yang dilantik sudah mengikuti Kursus Asas Asuhan kanak-kanak

5. Nisbah pengasuh terhadap kanak-kanak

– 1:3 (seorang pengasuh untuk 3 kanak-kanak usia 0-1 tahun)

– 1:5 (seorang pengasuh untuk 5 kanak-kanak usia 1-3 tahun)

– 1:10 (seorang pengasuh untuk 10 kanak-kanak usia 3-4 tahun)

6. Aktiviti taska – pastikan aktiviti yang dijalankan di taska merangsang perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh

7. Buaian tidak digunakan bagi menidurkan bayi – ini untuk mengelakkan berlaku kemalangan seperti terjatuh dari buaian atau lemas di dalam buaian akibat tertindih bantal semasa tidak diawasi oleh pengasuh.

8. Persekitaran taska bersih, selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Kesimpulannya, ibu bapa boleh menggunkan khidmat taska untuk anak-anak namun tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab 100% kepada pengasuh terbabit. Anda sebagai ibu bapa harus sentiasa menjadi pembimbing bagi anak-anak.

Wallahualam.

 

Diolah oleh: niaron

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x