Memupuk Semangat

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Memupuk Semangat 1

Lama betul tak menulis di dalam kategori cetusan sahabat ini, untuk kali ini suka untuk saya sentuh tentang bagaimana memupuk semangat tentang sesuatu perkara dan kerja seharian kita.

Setiap hari kita akan mula melakukan kerja, hal ini kerana hari tanpa membuat sesuatu merupakan salah satu tanda yang merugikan. Apabila melakukan sesuatu kerja sudah pasti manusia akan cuba melakukan perkara yang sama setiap hari supaya ia memudahkan dan menyenangkan perancangan harian. Namun demikian, melakukan kerja yang sama pada setiap hari mampu menimbulkan kebosanan dan menurunkan motivasi kita.

Soalnya bagaimana untuk mengurangkan kebosanan dan meningkatkan motivasi?

Mencari sesuatu yang menarik

Apabila kita mula rasa bosan dan jemu dengan kerja yang kita lakukan seharian, sara yang paling mudah..iaitu pastikan kita mula membayangkan serta merancang sesuatu yang menarik serta menyeronokkan semasa sesuatu kerja itu dilakukan. Sebagai contoh, mungkin kita akan lebih rasa bersemangat bila fikirkan tentang dapat berjumpa kawan baik, bergurau, makan di kedai yang masakannya sedap, selesa ketika bekerja dan banyak lagi. Dengan semangat itu diharap mampu meningkatkan lagi semangat bekerja.

Mempelbagai pelaksanaan rutin

Cara kedua ini agak sukar untuk dilakukan, kita perlu mencari kaedah lain selain yang biasa digunakan untuk melaksanakan sesuatu kerja. Perancangan kaedah yang berlainan ini perlu lebih menarik serta menimbulkan keseronokan tetapi masih berlandaskan tujuan sebenar matlamat kerja tersebut. Mungkin dengan menambah unsur lagu, visual yang bewarna serta unsur humor mampu menukar suasana suram kepada ceria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *