Mendidik Anak Kreatif

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami dan isteri. Namun, anugerah ini bukan untuk digembirakan semata-mata, dia perlu dididik dan dilatih dengan sebaiknya supaya dapat membentuk dan melahirkan insan yang lebih kreatif serta inovatif. Anak-anak ini boleh dibentuk mengikut gaya didikan ibu bapa kerana dia belajar daripada pengalaman yang dilalui. Bagaimana didikan yang diberikan oleh ibu bapa, itulah yang diterima dan dipelajari serta diaplikasikan sehingga dia menjadi orang yang dewasa.

Antara cara yang ingin dikongsi untuk melahirkan anak yang kreatif ialah melatih anak untuk bertanya soalan yang pelbagai. Kadang-kadang sesetengan ibu bapa akan memarahi anaknya yang banyak bertanya. Keadaan ini secara tidak langsung sebenarnya telah menyekat pemikiran kreatif anak-anak dan membentuk anak yang introvert.

Selain itu, biarkan anak belajar berdikari. Apabila dia sudah pandai berjalan misalnya, sediakan dia dengan satu beg supaya dia dapat menguruskan barang-barangnya sendiri untuk ke mana-mana. walau bagaimanapun, barangnya perlu juga dipantau dan diperiksa semula. Dengan itu, mereka akan terlatih sejak dari kecik untuk menguruskan diri sendiri serta berdikari. Dalam masa yang sama, pemikiran anak lebih kreatif untuk berfikir.

Sekali sekala memberi tugas ibu bapa juga menjadikan anak lebih kreatif, memberikan tanggungjawab yang lebih tinggi arasnya mampu membuatkan anak berfikir dan menyelesaikan masalah diluar pemikirannya ketika itu. Latihan yang tidak terlalu kerap ini membuatkan anak belajar dan mempunyai tahap kematangan yang lebih cepat bertumbuh serta meningkatkan ketangkasan pemikiran dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh memberi tugas menjaga adik, memberi makan binatang peliharaan ataupun menguruskan keceriaan bilik tidur sendiri.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top