Mendidik anak lelaki membantu

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam rumahtangga kehadiran anak mampu menyerikan alam keluarga, ibu bapa juga harus melatih dan mendidik anak mereka sebagai persediaan alam dewasa dan seterusnya. Didikan ini perlu dimulakan sejak dari kecil supaya anak-anak terbiasa dengan segala perbuatan yang dibuat. Hal ini demi menjamin masa depan anak yang cemerlang dan ceria. Untuk anak lelaki banyak perkara perlu dilatih supaya anak menjadi lebih rajin, bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Didikan tidak semestinya yang sukar, cukuplah sekadar yang ringan.

  • Membasuh pakaian sendiri – melatih supaya diri bertanggungjawab kepada diri dan memupuk sikap menjaga kebersihan.
  • Menyapu di luar rumah – membentuk sikap menjaga kebersihan dan kepentingan menjaga segala harta benda diluar rumah.
  • Menggosok pakaian sendiri – lebih menyayangi barangan serta belajar susun atur dalam kehidupan.
  • Menyiram bunga -memupuk semangat cintakan alam sekitar serta menarik minat anak dalam ilmu pekebunan.
  • Membasuh pinggan mangkuk – menjadi kebiasaan menjadi manusia yang bertanggungjawab terutama mengurus dengan baik kepada sesuatu yang bekas peninggalanya.
  • Membasuh kereta juga – pendekatan permulaan memperkenalkan alat-alat teknologi, rekabentuk dan pengaliran air di permukaan sesuatu benda. Terdapat banyak ilmu kejuruteraan asas dapat dipupuk melalui membasuh kereta melibatkan tekanan udara, aliran air dan bahan api serta sumber elektrik.
  • Mengemas rumah – Pendekatan ini dapat secara tidak langsung memupuk anak menjadi seorang yang bertangungjawab menjaga susun atur dan kebersihan sekitar rumah serta dapat melatih anak berfikiran kreatif terutama dalam penyesuaian warna, ruang dan tempat.
0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x