Dalam rumahtangga kehadiran anak mampu menyerikan alam keluarga, ibu bapa juga harus melatih dan mendidik anak mereka sebagai persediaan alam dewasa dan seterusnya. Didikan ini perlu dimulakan sejak dari kecil supaya anak-anak terbiasa dengan segala perbuatan yang dibuat. Hal ini demi menjamin masa depan anak yang cemerlang dan ceria. Untuk anak perempuan banyak perkara perlu dilatih supaya anak menjadi lebih rajin, bertanggungjawab dan berakhlak mulia. Didikan tidak semestinya yang sukar, cukuplah sekadar yang ringan.
- Membantu ibu menjaga dan mengurus adik-adik kecil – Didikan ini melatih anak perempuan lebih bertanggungjawab dan belajar mengurus serta menjadi lebih penyayang.
- Menyapu dalam rumah – Melatih anak menjaga kebersihan serta membiasakan diri kepada membuat penilaian tahap kebersihan.
- Menghidang makanan – sebagai latihan membiasakan diri dengan masakan dan sedikit sebanyak dapat mempelajari teknik layanan dan susun atur serta adab dengan manusia.
- Memasak hidangan – Didikan ini boleh dimulakan dengan masakan yang asas, sebagai latihan membiasakan diri dengan susun atur dan tatacara mengurus bahan mentah masakan dan makanan selepas dimasak.
- Melipat pakaian – perbuatan ini melatih anak perempuan lebih kritis dalam setiap perbuatan dan menanamkan sikap kelembutan dalam setiap perlakuan serta susun atur.
- Membasuh pakaian dan menyidai pakaian – melatih supaya diri bertanggungjawab kepada diri dan memupuk sikap menjaga kebersihan.
- Mengangkat pakaian di jemuran – Adalah salah satu pendekatan melatih anak semangat kerjasama dengan ibunya serta mempelajari teknik menjemur baju dan pengurusan barangan selepas membuat sesuatu.