Mengintai peluang terbuka

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sebut pasal peluang ramai yang dapat membayangkan istilahnya yang biasa didengar, kali ini kita akan bincangkan sedikit tentang peluang yang datang dan pergi. Menjadi lumrah apabila peluang itu datang dan ianya terbuka kepada kita dan dalam tempoh tertentu ia akan pergi meninggalkan kita. Peluang ini sama konsepnya seperti masa yang akan meninggalkan kita apabila tamat tempohnya.

Mungkin pernah kita diberikan peluang, peluang itu kadangkala ia amat berharga dan ada kalanya ia tiada kepentingan untuk diri kita. Namun demikian, peluang sebenarnya diwujudkan semestinya mempunyai nilai tersendiri mengikut tafsiran seseorang dan kegunaan seorang dalam hidup.

Dalam hidup kita, terdapat banyak peluang yang kunjung. Bermula dari cubaan demi cubaan yang telah berlaku serta ujian-ujian yang datang. Peluang juga datang dalam bentuk tawaran yang menjadi masalah pilihan bagi kita. Kadangkala kita terpaksa mengorbankan sesuatu hanya kerana ingin mengambil peluang yang kita rasakan terbaik untuk kita. Tetapi ada juga individu yang tidak berjaya merebut peluang oleh kerana diri sendiri yang hanyut dengan melayan kemahuan perasaan.

Kerap kali juga apabila kita sedari bahawa sudah tertutup peluang itu kita akan merintih dan menangis meratapi kegagalan itu. Begitu juga bagi mereka yang tekun berusaha merebut peluang yang ada tapi tetap juga tidak berjaya merebut peluang yang ada sehingga sentiasa merenung kegagalan mendapatkan peluang yang ada.

Oleh kerana fikiran diselubungi kesedihan dan menghukum diri kerana tidak berjaya menyebabkan tidak kita sedari bahawa ada peluang lain terbuka untuk kita. Perbuatan merenung kegagalan adalah sia-sia, hal ini kerana kita akan terlepas peluang lain yang sedang dibukakan untuk kita. Oleh itu setiapkali kegagalan menimpa, pastikan kita sedar dan bermotivasi untuk berdiri balik untuk mengintai peluang lain yang mungkin lebih baik ditentukan untuk kita. Selamat Berjaya !!! .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *