Mengkhianati Ilmu

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mengkhianati Ilmu

Balasan mengkhianati ilmu;

Erti hadis: Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan hadis:

–          Pendustaan ialah memberitahu sesuatu yang bercanggah dengan hakikatnya yang sebenar.

–          Walaupun orang yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa, tetapi berkemungkinan menjadi berdosa dengan memperbanyakkan kesilapan. Ini kerana, memperbanyakkan kesilapan adalah suatu kesalahan.                                                                                    (Fath al-Bari)

 

Kita selalu mendengar frasa berikut ‘manusia adalah makhluk yang lemah dan tidak dapat terlepas dari melakukan kesilapan’. Ianya biasa digunakan apabila seseorang telah melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Bagi masyarakat Melayu ayat ini menjadi seperti ayat penyedap sahaja. Memang benar, Islam tidak menjatuhkan hukum salah ke atas sesiapa yang tidak sengaja melakukan kesalahan kerana tidak tahu. Namun, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk melakukan kesalahan secara berulang kali.

Seseorang yang tahu mungkin juga boleh terlupa maka ia tidak bersalah. Benarkah begitu? Namun harus diingat pisang tidak sepatutnya berbuah dua kali. Maka inilah yang dimaksudkan dengan mengkhianati ilmu. Seseorang itu mempunyai ilmu di dada tentang sesuatu hal, tetapi oleh kerana lalai dan cuai, dia melakukan kesilapan. Maka berdosalah dia.

Kita sebagai manusia harus sentiasa belajar dari kesilapan tetapi tidak bermakna kita perlu senantiasa melakukan kesilapan. Kita perlu menjadi lebih baik dan memperbetulkan mana yang salah. Kerana itu di zaman belajar sama ada sekolah, kolej atau universiti, kita sebenarnya dianugerahkan peluang untuk melakukan kesalahan kerana kita budak baru belajar. Tetapi apabila telah dewasa kelak dan melalui alam pekerjaan kita tidak boleh melakukan sebarang kesilapan yang di bawah pengetahuan kita. Kerana ianya akan jatuh di bawah kategori kecuaian dan berdosalah kita jika mengabaikan tanggungjawab kita.

Sebagai contoh, seseorang yang memandu kereta dan telah terlanggar seorang pejalan kaki semasa ingin memotong boleh dikatakan tidak sengaja. Tetapi hakikatnya dia mempunyai ilmu tentang cara pembawaan kereta yang selamat dan cara memotong yang sepatutnya. Adakah dia 100% tidak sengaja dan boleh dimaafkan? Tidak mustahil ada walau 1% pun kecuaian dia mengabaikan pengetahuannya dan 1% inilah yang sebenarnya mengakibatkan kemalangan itu terjadi.

Kita harus melihat kembali ke dalam diri sendiri telah berapa kali kita mengkhianati ilmu kita. Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan pengkhianat.Mengkhianati Ilmu 1

Wallahualam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *