Mengukuhkan hubungan anak-anak

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai, anak ini merupakan aset terpenting kita hingga mampu mendoakan kita walaupun kita telah meninggal dunia. Namun demikian anak juga mampu memberikan masalah serta memburukkan nama keluarga sekiranya kurangnya didikan dan perhatian yang sempurna. Untuk menjadi ibu bapa cemerlang salah satu kuncinya ialah dengan merapatkan hubungan dengan anak-anak. Terdapat beberapa cara antaranya untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak.

Menjadi pendengar yang baik merupakan perkara utama yang perlu diterapkan dalam diri ibu bapa. Hal ini kerana kadangkala anak memerlukan penasihat dan ingin meluahkan masalah atau kekecewaan yang dialami. Tindakan sesetengah ibu bapa yang menganggap kata-kata anak sebagai tidak boleh dipakai atau didengar merupakan tanggapan yang boleh menjauhkan lagi jurang antara mereka. Mendengar segala masalah yang diluahkan menjadi tenaga kepada keakraban antara hati ke hati seterusnya meningkatkan kasih sayang dalam didikan.

Bersiar-siar dan bersukan bersama anak-anak juga merupakan tindakan yang bijak. Sekurang-kurang satu kali seminggu ibu bapa harus melapangkan hati membawa anak bersiar-siar di tepi pantai atau taman rekreasi memberi peluang untuk anak berkomunikasi dan berinteraksi secara lebih terbuka dengan sekelilingnya. Tindakan beriadah ini juga boleh memberikan perasaan atau ‘ mood ‘ yang lebih baik, menghilangkan pening kepala, mengurangkan darah tinggi dan banyak lagi.

Sentuhan juga amat penting dalam menambah kejelekitan antara hubungan anak dengan ibu bapa. Perbuatan mengusap umbun kepala anak setiap pagi mampu menjadikan anak itu menjadi seorang yang mudah mendengar nasihat apabila besar kelak. Kajian juga ada menyatakan belaian ibu pada bayinya boleh membuatkan bayi itu sihat dan berisi. Sentuhan ini memberikan komunikasi secara tidak langsung kepada psikologi serta emosi anak sehingga mampu memberikan ketenangan kepada diri anak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *