Mengumpat – Yang Dibenarkan Dan Yang Dilarang

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Mengumpat – Yang Dibenarkan Dan Yang Dilarang

Ghibah bermaksud mengumpat iaitu menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Hukum asalnya adalah haram. Namun terdapat situasi yang dikecualikan seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama.

Mengumpat Yang Dibolehkan

1.  Apabila diri dizalimi

  • Menjadi harus bagi seseorag yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, kadi, atau pihak berkuasa yang lain dengan menceritakan keburukan dan kezaliman yang dilakukan.

2.   Mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran.

  • Seperti membuat laporan kepada pihak yang berkuasa untuk mengubah kemungkaran.
  • Contoh: membuat laporan polis

3.    Bagi mendapat fatwa / pandangan agama

  • Seperti kisah Hindun yang mengadu kepada Nabi SAW.
  • Dia berkata: “Ya Rasulullah, sualiku Abu Sufian seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wang tanpa diketahuinya?”

4.  Memberi peringatan untuk berjaga-jaga daripada suatu kejahatan

  • Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang berpura-pura alim atau pembawa ajaran sesat, serta mendedahkan penyelewengan pemimpin.

5.  Seorang yang terang-terangan melakukan dosa dan kesesatan.

  • Orang yang terang-terangan meminum arak, menganut fahaman sesat atau seumpamanya.

6. Untuk memperkenalkan seseorang

  • Harus menyebut jika dia terkenal dengan gelaran itu.
  • Haram jika menyebutnya untuk merendahkan martabat orang tersebut.

images

Mengumpat Yang Diharamkan

  1. Mengumpat bentuk fizikal seseorang.
  2. Mengumpat keturunan seseorang.
  3. Mengumoat orang yang telah meninggal dunia.
  4. Mengumpat perwatakan seseorang.
  5. Mengumpat tentang perbuatan atau akhlak seseorang.
  6. Mengumpat harta yang dimiliki.
0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x