Meningkatkan Fokus Dalam Diri

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Meningkatkan Fokus Dalam Diri 1

Tumpuan dan fokus merupakan perkara penting untuk menjadikan sebarang perancangan serta pembelajaran lebih baik dan berkualiti. Setiap orang mempunyai cara pembelajaran ataupun pelaksanaan tersendiri untuk mencapai sesuatu matlamat. Namun demikian kerapkali kita akan didatangi oleh gangguan-gangguan yang boleh menggangu konsentrasi dalam mencapai matlamat kita itu. Mungkin ada sedikit tips untuk kita amalkan supaya mendapat kualiti fokus yang lebih baik.

Ketika kita sedang asik melakukan sesuatu mungkin ada individu yang menggangu kita, lalu ditepi kita dan bercakap yang boleh menggangu fokus kita, perbuatan menggangu yang berulang-ulang terutama orang yang berjalan di tepi kita boleh membazirkan masa dan fokus. Perlu untuk kita mengawal perasaan dan minda kita supaya tidak membuat kesalahan kali kedua dengan berusaha tidak mengendahkan dugaan yang sama.

Berada pada tempat yang bising sudah tentu boleh menggangu tumpuan kita, namun demikian untuk menyuruh semua orang diam adalah sesuatu yang sangat sukar. Penting untuk kita belajar mengawal arah minda dan pendengaran kita supaya dapat fokus walaupun keadaan bising. Jika kita amati, sebenarnya dalam keadaan bising sekalipun kita mampu mengawal minda kita dengan boleh mengarah ” dengar ” atau ” pedulikan ” sesuatu yang sedang dikatakan orang sekeliling kita. Untuk membantu kita lebih kuat mengamati apa yang kita lakukan, cubalah memilih topik ataupun perkara yang seronok ketika itu.

Akhir sekali, pastikan semua kelengkapan anda mencukupi ketika anda ingin melakukan sesuatu matlamat itu. Hal ini penting kerana setiap kali proses membuat sesuatu kita akan berada pada landasan yang hendak kita tujui dan semakin lama kita berusaha ia makin hampir dan memberi kesan. Tetapi sekiranya pertengahan jalan ada kelengkapan tidak mencukupi, kita akan berhenti seketika dan keluar landasan untuk mencukupkan ketiadaan itu. Kerana itulah kita akan mula hilang fokus, ditambah lagi ada pula gangguan ketika penyediaan kelenkapan itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *