Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 1

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Oleh : Zuridah Hanim Bt Md Akhir ( Guru Cemerlang )

Membaca

Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha bagi mendapat, menambah ilmu dan sumber ilmu baru adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya. Malah  ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat dan Negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 hasil keputusan mesyuarat  Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran pada  tahun 1998. Surat Pekeliling Iktisas Bil 13/1998 mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini yang mempunyai  hasrat  murni mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu rakyat  Malaysia. Selaku payung kepada pelbagai adunan aktiviti  galakan membaca di sekolah,  program ini dilaksanakan bermula dengan tahun 1 bagi sekolah rendah dan tingkatan 1 bagi sekolah menengah. Rekod pembacaan murid-murid  ini diteruskan sehingga tamat persekolahan.

Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam program ini giat dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan  (BTP) di peringkat Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan Program NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Resensi buku  dan Pameran buku.  Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Namun begitu asas kejayaan pelaksanaan Program NILAM ini sebenarnya haruslah bermula di sekolah.

Sambungan : Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 2 

0 0 vote
Article Rating
Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] Anda Dibayar lebih RM 0.20 untuk mempromosikan iklan   ch_client = "fiziesss"; ch_width = 468; ch_height = 250; ch_type = "mpu"; ch_sid = "Chitika Default5"; ch_color_site_link = "03020A"; ch_color_title = "03020A"; ch_color_border = "FFFFFF"; ch_color_text = "191919"; ch_color_bg = "FFFFFF"; Chat / Comments Tagged with  Budaya membaca, Tingkatkan membaca, Tips membaca ← Previous […]

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x