Program NILAM berfokus dan berkesan hanya akan tercapai dengan kerjasama semua pihak. Aktiviti secara kolaborasi dengan panitia boleh dilaksanakan sebagai penggalak. Antaranya;-
- Merancang dan melaksanakan pameran bertema dan pertandingan kuiz.
- Mengadakan aktiviti jejak maklumat dalam panitia.
- Merancang P&P secara bersama yang menggunakan kemahiran belajar dan literasi maklumat. P&P akan menjadi lebih aktif, berkesan dan berkualiti.
- Menggubal modul pembelajaran terutama bagi mata pelajaran bahasa yang akan mendedahkan murid kepada budaya membaca dan penerokaan maklumat.
- Menetapkan sasaran pembacaan berkualiti mengikut panitia. Contohnya setiap murid wajib membaca 3 buah buku sejarah dan ensiklopedia sains dalam setahun.
- Menjalankan pertandingan ko-akademik seperti syarahan, debat, kuiz, drama dan pertandingan reka cipta yang memerlukan murid membuat kajian menerusi pembacaan.
- Mengadakan minggu-minggu mata pelajaran secara gabungjalin.
- Mengadakan projek-projek laluan ilmu mengikut panitia
Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 2
Sambugan : Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 4
Pingback: Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 4
Pingback: Meningkatkan Keberkesanan Budaya Membaca Di Sekolah – BHG 2