Menjadi Insan Cemerlang

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Menjadi Insan Cemerlang 1

Menjadi orang yang hebat merupakan idaman setiap insan, kehebatan ini terbuka kepada pelbagai aspek tetapi kehebatan itu menjadi lebih menarik sekiranya ia menjadi kepuasan diri. Kehebatan itu juga menjadi satu aset penting dalam melengkapkan diri menjadi seseorang yang mampu berjaya suatu hari nanti. Untuk menjadi insan yang hebat banyak perkara perlu diubah dan diterapkan supaya sedikit sebanyak dapat membantu kearah matlamat diri untuk kali ini kita akan bincangkan beberapa aspek menjana kehebatan diri.

Dalam melaksanakan kerja dan tugasan, biasanya kita akan diberikan satu tarikh akhir penghantaran. Tarikh ini ditetapkan adalah untuk memberikan disiplin kepada diri dalam menjadikan sesuatu kerja itu berjalan lancar. Namun demikian, sebagai insan yang hebat seharusnya mempunyai kontrak tarikh sendiri iaitu dengan menetapkan tarikh lebih awal dari sebenarnya supaya diri lebih sedia dan tangkas membuat perancangan serta menyelesaikan masalah yang ada.

Selain itu, banyak perkara yang kita lakukan kita tidak ketahui kepentingannya. Kadangkala kita akan dihidangkan dengan pelbagai tugasan dan tanpa disedari, kita banyak kesilapan yang selalu kita lakukan. kesilapan yag selalu kita lakukan ialah tidak pandai mengklasifikasikan yang mana lebih penting dan kerapkali kita menghabiskan lebih waktu kepada sesuatu yang kita rasa penting dan minat. Perbuatan ini sebenarnya membantutkan usaha kita untuk menjadi insan yang hebat.

Akhir sekali, berilah masa kepada minda kita terutama kita berhadapan denga masalah. Dalam membuat sesuatu tugasan kita akan bertambah bersemangat bila kita mulai mahir dalam sesuatu. Tetapi tidak semua yang kita rancang akan berjaya, ada kalanya ada batasan tertentu yang menyekat kerja kita itu. Oleh itu, jagan terlalu bersedih dan meratapi kegagalan itu, sebaliknya mula memikirkan altenatif lain untuk menyelesaikan masalah yang terjadi disamping membaikpulih masalah yang sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *