Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 1

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Oleh : Zuridah Hanim Bt Md Akhir ( Guru Cemerlang )

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ni seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.

Sajak indah karya Usman Awang ini seringkali kita dengar terutama pada 16 Mei, ketika seluruh Negara meraikan Hari Guru. Malah Hari Guru disambut meriah di peringkat sekolah, daerah, negeri maupun kebangsaan. Pelbagai acara diatur untuk menghargai jasa guru. Gurulah sudah tentu menjadi insan yang sangat bahagia pada hari itu. Pelbagai hadiah dan undangan jamuan diterima. Seorang guru yang telah bersara tentu memerlukan sebuah galeri untuk menyimpan setiap hadiah-hadiah pemberian ini yang merupakan khazanah kenangan yang tidak ternilai. Namun begitu, ilmu yang disampaikan oleh seorang guru lebih jauh bernilai berbanding pemberian kita yang tidaklah seberapa.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Guru atau pendidik merupakan kumpulan manusia yang mulia di sisi Allah SWT kerana mereka bertanggungjawab menyampaikan ilmu dan dianggap agen perubahan kepada masyarakat. Panggilan cikgu, ustaz, ustazah, ‘teacher’, ‘lauser’ merupakan panggilan yang sentiasa kita gunakan kepada insan ini apatah lagi ketika bangun lalu memberi ucap selamat. Panggilan ini sangat bermakna kerana pada hakikatnya kita terpaksa mengakui bahawa tanpa insan yang bernama guru mendidik dan mengajar kita, belum tentu lagi kita akan dapat kecapi apa yang kita peroleh sekarang.

Justeru, mendekati dan seterusnya menjadi pelajar kesayangan guru adalah satu seni yang perlu dibentuk sekiranya ingin menjadi pelajar cemerlang. Mendekati dan hormat kepada guru adalah rahsia kejayaan pelajar cemerlang. Muhamad Syafiq Affandi, yang mendapat 12 A dalam SPM 2004 mendedahkan bahawa rahsia kejayaannya adalah kerana beliau menghormati dan menyayangi guru-gurunya. Manakala Azri Azmi, pelajar cemerlang PMR 2007 yang mendapat 9A mendedahkan bahawa tumpuan belajar dalam kelas serta sikap sering bertanya guru bagi aspek yang tidak faham menjadi rahsia kunci kejayaannya. Nur Syuhadah pelajar cemerlang SPM 2009, berkata komitmen guru dalam menyampaikan kepakaran masing-masing begitu banyak membantunya. Rahsia kejayaan Nur Shuhadah ialah banyak memberi tumpuan semasa di dalam kelas dan sering mendekati guru. Kenyataan-kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa mendekati dan berusaha menjadi murid yang disayangi merupakan faktor kepada kecemerlangan kita sebagai pelajar. Oleh itu mengapa kita tidak berusaha menjadi pelajar kesayangan ?

Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Sambungan : Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 2

One thought on “Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 1

Leave a Reply to Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 2 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *