Berusaha Menjadi Pelajar yang Dinamik
Pelajar yang dinamik akan menggerakkan tenaga dan kuasa untuk mencapai kecemerlangan. Mereka akan menjadi model kepada pelajar lain dan dapat membahagikan masa antara keperluan akademik dengan pembangunan diri.
- Dinamik
Ciri utama menjadi pelajar yang dinamik ialah menyukai guru dan berusaha menjadikan diri disukai guru. Oleh itu tindakan yang dilakukan perlulah menjurus kepada perkara yang menjadi kesukaan guru itu antaranya
- Sentiasa tepat ke kelas
- Menaruh keyakinan dengan ilmu yang diajar oleh guru
- Menyudahkan kerja rumah tepat pada masanya
- Menghormati guru dengan sifat-sifat yang mulia.
- Sentiasa memikirkan untuk mendapat markah yang tertinggi.
- Memerhatikan beberapa aspek positif yang terdapat pada guru
Menyukai Guru yang Garang.
Guru yang garang sekalipun akan sentiasa terselit pelbagai sifat yang boleh menyebabkan kita suka padanya. Lihatlah guru tersebut mengikut pandangan positif sahaja. Garang seseorang guru biasanya bertempat. Oleh itu putarkan sifat garangnya sebagai suatu keperluan untuk kejayaan kita. Hal ini membolehkan kita berasa selesa apabila berhadapan dengan beliau. Segarang mana sekalipun seorang guru pasti akan tewas dengan sikap bersungguh-sunguh yang dipamerkan oleh anak-anak muridnya.
Terdapat sebilangan guru yang mungkin mempunyai ciri-ciri yang tidak disenangi pelajar. Namun begitu senario ini boleh berubah sekiranya pelajar berikut berusaha melihat guru tersebut dalam aspek yang positif sahaja. Cintailah guru-guru anda dengan melihat sesuatu yang istimewa pada dirinya. Biasanya dengan menyukai guru tersebut, rasa minat terhadap pengajarannya akan tertanam dan seluruh tindakan kita akan terdorong kepada perkara yang dapat meningkatkan hubungan yang positif dengan guru tersebut. Secara tidak langsung anda akan bersemangat dan rajin ke sekolah, suka mengulangkaji mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut dan berusaha membuat persediaan dan meningkatkan pemahaman tentang pelajaran tersebut. Bukankah kita akan melakukan apa saja untuk menyukai orang yang kita sayang ?
Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 1
Sambungan: Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 3
2 thoughts on “Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 2”