Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 3

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Menghormati Guru

Menghormati guru adalah resepi utama kejayaan pelajar cemerlang. Pelajar yang cemerlang sentiasa mengenang budi guru dan tidak akan melakukan perkara yang tidak disenangi oleh gurunya. Mereka akan senantiasa menjaga adab bersama guru kerana keberkatan ilmu bergantung kepada keredaan seseorang guru mencurahkan ilmunya. Antara tingkah laku yang menunjukkan kita menghormati guru ialah

  1. Mengucap salam apabila bertemu.
  2. Menolong guru semasa guru meminta pertolongan.
  3. Memberi peluang guru membuat penerangan sebelum bertanya atau mencelah di dalam kelas.
  4. Tidak meninggikan suara apabila bercakap.
  5. Meminta izin guru apabila mahu bertanya semasa guru sedang mengajar.
  6. Sampai ke kelas sebelum guru sampai.
  7. Memberi tumpuan semasa guru mengajar dengan tidak bercakap-cakap atau membuat kerja lain.
  8. Menggembirakan hati guru dengan membuat persediaan terlebih dahulu di dalam kelas.
  9. Menyelesaikan tugasan yang diamanahkan tepat pada waktunya.
  10. Rajin bertanya serta mendapat bimbingan sekiranya tidak faham.
  11. Memuliakan guru dengan tidak mengumpat atau bercakap tentang keburukan guru.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 2

Sambungan : Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 4 

2 thoughts on “Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 3

Leave a Reply to Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 4 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *