Menjaga hubungan baik dengan Guru
Kita perlu berusaha untuk mewujudkan perhubungan baik dengan guru. Jangan sesekali menyakiti hati guru dan melakukan perkara yang tidak disukainya. Menjaga hubungan baik bermakna kita berusaha menjalankan apa yang diarahkan oleh guru seperti menyiapkan tugasan tepat pada masanya, menyiapkan tugasan dengan jawapan yang betul dan tepat, bercakap perkara yang menyenangkan hati guru, tidak membenci guru dan tidak bersikap kurang ajar dengan guru. Jangan sakiti hati guru dengan perlakuan-perlakuan negatif walaupun bertujuan untuk membalas dendam. Dendam yang disimpan boleh menjaddi barah yang membunuh hati, jiwa dan perasaan kita. Seorang pelajar yang cemerlang perlu mempunyai jiwa dan hati yang bersih supaya ilmu yang dituntut akan diberkati dan mudah difahami.
Guru juga tidak suka kepada pelajar yang terlalu bersikap ‘tunjuk pandai’ atau membanding-bandingkan kaedah pengajarannya dengan guru lain. Jangan sesekali memberi komen atau mengkritik kaedah yang digunakan walaupun anda telah mempelajari topik berkenaan di pusat tuisyen berbanding rakan lain di dalam kelas. Anggaplah bahawa apa yang diajar adalah perkara baru dan menjadi pengukuhan kepada anda untuk memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Tidak rugi bukan ?
Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 3
Sambungan : Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 5 ( akhir )
Pingback: Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 5 ( Akhir )
Pingback: Menjadi Pelajar Kesayangan Guru – Bhg 3