Menjana kecemerlangan hidup

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam kehidupan seharian banyak perkara yang telah kita lalui, kadangkala kita sentiasa menerima cabaran dan dugaan untuk mencapai matlamat, kerap juga kita melihat kejayaan orang lain dan tertanya kenapakan kita tidak mampu mencapai seperti mereka. Sebenarnya setiap kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup memerlukan pengorbanan dan pengurusan diri yang tertentu :

Mempunyai matlamat hidup dan fokus

Didalam kehidupan kadangkala kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan dan variasi yang semestinya mempunyai kelebihan tertentu, sebagai contoh kita ditawarkan pelbagai jurusan pengajian ataupun pelbagai barangan. Kerap kali kita akan keliru pilihan yang manakah yang lebih tepat. Oleh itu untuk menuju kecemerlangan hidup perlu untuk kita terlebih dahulu belajar memupuk matlamat hidup dan fokus yang mencerminkan diri kita yang sebenar. Pemupukan dan penerokaan fokus hidup ini terlebih dahulu diterokai dengan merujuk profesional ataupun mengenalpasti bakat melalui ujian-ujian yang telah dilalui.

Mempunyai pendirian tetap berlandaskan keutamaan dan kepentingan

Kerap kali dalam hidup manusia cenderung untuk membuat keputusan terburu-buru tanpa membuat bnyak pertimbangan serta merujuk dari mereka yang berpengalaman. Kerap juga keputusan yang dibuat hanya berdasarkan nafsu serta tuntutan dunia, serta persekitaran semasa. Tetapi tentang diri dan kesejahteraan diri serta matlamat hidup sering kali dilupakan.

Mengurus kesempatan ruang dan masa dengan bijak

Masa seringkali dikatakan amat berharga, tetapi seringkali juga kita lupa bahawa setiap detik saat itu mempunyai banyak maksud dan peristiwa. Kadangkala jika setiap detik saat itu jika diisi oleh walau sedikit perkara sekalipun ia mampu menjadi berjuta-juta himpunan. kerugian akan berlaku jika setiap saat dibazirkan dengan begitu sahaja tanpa kegiatan yang bermanfaat.

Meningkatkan nilai murni dalam kehidupan

Perkara yang boleh jadi amat penting adalah nilai-nilai murni. Nilai yang sedia ada amat penting sehingga ia menjadi tapak tanah yang subur untuk ditumbuhi tumbuhan. Sekiranya tanah tidak subur maka tumbuhan yang tumbuh juga tidak akan bertumbuh dengan segar. Begitu juga manusia, nilai murni yang diterbitkan dalam diri mampu menggambarkan personaliti serta keikhlasan dalam diri, ia mampu menimbulkan tanggapan pertama dalam pergaulan kehidupan. Setiap nilai murni harus dihayati supaya ia mampu memandu segala kebolehan serta ilmu yang ada kearah jalan yang benar serta pada saluran yang betul. Sekiranya ilmu yang banyak, harta yang bertimbun tidak akan kekal dan dipandang mulia jika nilai murni yang buruk. Fikirkanlah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top