Mesin masa kehidupan

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Mungkin kita pernah dengar tentang mesin masa ini, penulisan kali ini bukan untuk menerangkan apa itu mesin masa dan kegunaanya. Penulisan kali ini hanyalah sekadar cetusan sebagai peringatan dalam membincangkan perumpamaan mesin masa itu dengan kehidupan. Mesin masa ini dikaitkan dengan satu alat yang mampu membawa kita ke masa hadapan atau sebelumnya.

Dalam kehidupan ada beberapa contoh yang boleh dikaitkan dengan perumpamaan mesin masa ini. Sebagai contoh peperiksaan UPSR, PMR, SPM atau STPM. Kesemua peperiksaan ini boleh menentukan masa depan kita. Begitu juga memilih pasangan rumahtangga juga boleh dikaitan dengan perumpamaan mesin masa ini. Bagi aspek yang negatif pula, perbuatan menyalahguna dadah, kemalangan, pembunuhan, dan beberapa lagi tingkahlaku memusnah diri juga merupakan mesin masa bagi kita.

Kenapa dikatakan demikian? perumpamaan itu diberikan kerana setiap kali kita melakukan kesilapan seperti dinyatakan, dalam jangkamasa singkat mungkin seumur hidup kita akan berubah keseluruhannya. Bagi yang melalui mesin masa kebaikan maka ganjaran kegembiraan menanti, tetapi bagi yang melalui mesin masa kemusnahan, maka kesedihan akan menanti. Oleh itu adalah penting untuk kita beringat dan berhati-hati untuk membuat keputusan dan bertindak, sebelum kita tergolong dalam golongan orang yang menyesal.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here