Mimpi Untuk Matlamat Yang Lebih Besar

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Dalam kehidupan kita tidak lari dari mempunyai cita-cita. Memupuk cita-cita merupakan sesuatu usaha yang bagus dan cemerlang. Dengan adanya cita-cita ini membuatkan hidup kita lebih berarah dan mempunyai tujuan atau misinya tersendiri.

Begitu juga dalam membuat sesuatu perkara atau idea, kita akan lebih cenderung untuk menetapkan matlamat dan misi akhir sesuatu. Sebagai contoh jika seorang pelajar akan menetapkan ingin berjaya dalam peperiksaan atau ingin belajar di Universiti. Begitu juga segelintir pekerja yang menyimpan hasrat untuk mengumpul wang sebanyak mungkin untuk membeli barangan keperluan terutama rumah atau kereta.

Matlamat -matlamat ini dilihat sesuatu yang besar dan agak sukar di capai dan pada kebiasaanya mereka yang menanam hasrat itu merasakan diri mampu untuk mencapainya. Namun demikian, untuk mencapai tujuan atau matlamat itu, kita harus sedar bahawa setiap perkara atau matlamat yang besar sebenarnya hasil dari himpunan perkara-perkara kecil yang kita lakukan.

Sekiranya kita hendak berjaya, seharusnya kita belajar untuk berusaha dengan gigih terhadap setiap inci perkara kecil yang kita tempuhi demi mencapai matlamat yang sebenar. Hal ini kerana perkara yang kecil itulah sebenarnya menjadi latihan, maklumat, kemahiran dan segalanya yang menjadi pelengkap kepada kejayaan sebenar kita nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *