

Bagi yang berminat untuk mendapatkan biasiswa, satu biasiswa iaitu biasiswa PETRONAS dibuka. Anda boleh mohon biasiswa PETRONAS kerana ianya dibuka juga melalui online. Pastinya tapisan permohonan akan dibuat berdasarkan kelayakan tertentu oleh pihak PETRONAS. Kebiasannya pelajar yang mempunyai keputusan akademik tinggi menjadi pilihan berdasarkan beberapa criteria lain lagi. PETRONAS telah menaja lebih dari 35,000 pelajar sejak tahun 1975. Pastinya penajaan biasiswa ini bagi memupuk bakat yang tepat untuk syarikat, industri dan negara.
Mohon Biasiswa PETRONAS
Permohonan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti pengajian ijazah berkaitan dengan minyak dan gas.
Sebelum membuat permohonan haruslah terlebih dahulu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan panduan permohonan. Sila muat turun Panduan permohonan ( Maklumat Lanjut ) untuk criteria kelayakan memohon.
Untuk memohon terdapat bidang yang diutamakan iaitu :
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Geologi / Geofizik
- Undang-undang
- Kejuruteraan Mekanikal
- Petroneum Engineering
- Petroleum Geosains
- Akaun / Perdagangan / Kewangan
- Sains Aktuari
- Kejuruteraan Kimia
- Ekonomi
Bagaimana cara untuk mohon biasiswa PETRONAS 2016 ?
- Permohonan boleh dibuat secara online melalui aplikasi permohonan tajaan yang disediakan ( maklumat lanjut )
- Bagi pemohon program UTP, ia adalah wajib untuk anda untuk mengemukakan permohonan kemasukan UTP melalui http://www.utp.edu.my
- Untuk maklumat yang lebih lengkap anda dinasihatkan untuk muat turun Fail pengisian Borang Permohonan Online dan merujuk Soalan Lazim bagi lebih penjelasan supaya permohonan anda nanti diterima.
- Permohonan ini akan ditutup pada 10 Mac 2016
- Untuk maklumat lanjut anda dinasihatkan untuk menghubungi talian bantuan di 03-23312277
Semoga sekiranya anda diterima nanti dapat memberi lebih motivasi kepada anda selain persekitaran baru berkaitan minyak dan gas. Memilih untuk bersama PETRONAS merupakan pilihan bijak kerana ia satu nama yang gah di Malaysia.
Peluang nak dapat minyak free ni..
biasiawa ni, bukan minyak. Terima kasih dgn iklan ni, harap permohonan ku diterima.
Inilah yang aku tunggu..