Mohon Rayuan UPU jika tidak Berjaya

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Semakan UPU untuk lepasan STPM/ setaraf telah dikeluarkan kemarin. Ada baiknya anda mohon  rayuan UPU jika tidak berjaya. Mungkin kemarin adalah hari gembira untuk rakan anda dan dalam masa sama anda berdukacita kerana tidak diterima masuk ke sebarang  IPT untuk sesi 2016 ini.

Lumrah berusaha pasti ada sampai ke destinasi atau tidak. Namun demikian, tidak sampai ke destinasi bukan beerti kita undur kembali, sebaliknya perjalanan perlu diteruskan walaupun kena lebih berusaha dan bergerak perlahan. Maju kehadapan akan memberi jaminan kita akan sampai ke destinasi, sebaliknya berhenti dan undur kebelakang memastikan kita menjauhi destinasi.

Baca Juga :  Cara Mohon Matrikulasi Calon SPM 2018 / 2019

Begitulah perumpamaan yang boleh saya beri, destinasi untuk kita mungkin ditentukan lain dari apa yang kita sangka. Hanya Allah yang menentukan yang terbaik untuk diri kita sebenarnya. Setiap permohonan UPU mempunyai kriteria atau syarat tertentu. Sekiranya kita tidak menepati syaratnya sudah pasti kita tidak diterima. Jika deterima mungkin menyukarkan kita untuk belajar dan mungkin akan meningkatkan stress semasa belajar nanti. Mungkin juga boleh merugikan masa dan wang.

Rayuan UPU
Rayuan UPU

Mohon Rayuan UPU online

Sekiranya anda tidak berjaya, apa kata anda cuba mohon rayuan UPU, masih ada peluang untuk anda mengisi kekosongan yang ada sekiranya ada yang tidak mendaftar atau kursus lain yang tidak seimbang kemasukannya. Mungkin ada rezeki kali ini untuk anda.

Bagaimana untuk membuat rayuan? Untuk membuat rayuan tidaklah sukar, anda hanya perlu ke laman rasmi UPU dan klik pada rayuan UPU STPM/ setaraf. ( maklumat lanjut )

Permohonan e-Rayuan dibuka adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian.

Hanya Pemohon yang TIDAK BERJAYA ditawarkan tempat di Universiti Awam layak mengemukakan e-Rayuan ke Universiti Awam.

Sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa Permohonan Utama.

Jangan Berputus Asa

Memang benar kata-kata orang yang telah berjaya, selalu mereka mengingatkan kita untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Hal ini kerana, kejayaan itu subjektif, mungkin banyak lagi kejayaan yang akan kita hadapai Cuma bila dan dalam bentuk apa bakal kita terima nanti. Apa yang penting jangan berhenti disini. Ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran dan InsyaAllah kejayaan akan hadir.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

2 COMMENTS

  1. Assalamualaikum… Saya lepasan stpm 2015/2016… Tapi cgpa saya x sampai 2. 00 pown… Sekarang saya dh berehat selama dua tahun… Boleh kah saya memohon upu menggunakan sijil spm saya?

  2. Salam. Memandangkan kputusan upu sdh kluar. saya gagal mendapat tempat ke UA. Stpm hanya 2.50.. universiti manakah yg patut saya pilih utk rayuan pula? adakah wajar utk memilih universiti-kos yg sama semasa upu ? terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here