Moratorium PTPTN PKP 3.0 : Penanguhan Bayaran Balik PTPTN

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Penanguhan Bayaran Balik PTPTN

Penanguhan bayaran balik PTPTN akibat penularan COVID -19 sudah diumumkan oleh pihak kerajaan. Justeru itu, bagi mereka yang mengalami kesan yang teruk akibat pandemik COVID -19 ini boleh membuat permohonan penanguhan bayaran balik PTPTN. Penanguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat penularan COVID -19 bermaksud penangguhan untuk membayar balik pinjaman PTPTN dalam tempoh yang dinyatakan. 

INFO TAMBAHAN!!!

Semua peminjam akan diberikan penanguhan bayaran balik pinjaman PTPTN. Walaubagaimana sekalipun, bagi mereka yang mahu meneruskan pembayaran pinjaman sangat DIALU-ALUKAN.

Moratorium PTPTN PKP 3.0 : Penanguhan Bayaran Balik PTPTN

TAHUKAH ANDA!!!

Penanguhan bayaran balik PTPTN mulai 10 JUN 2021 sehingga 31 OGOS 2021 menerusi portal Rasmi PTPTN.

Moratarium bagi PKP 3.0 ini adalah secara bersasar dan pemohon yang LAYAK sahaja akan diberikan penanguhan bayaran balik PTPTN ini. Penanguhan ini bermula JUN sehingga OKTOBER 2021 mengikut tarikh dan masa permohonan dilakukan.

Walaupun pengumuman ini sudah diumumkan pada awal bulan JUN 2021 yang lepas tetapi masih ramai yang tidak ketahui akan tindakan awal pihak kerajaan untuk membantu rakyat yang terkesan akan pandemik ini. Justeru itu, kami akan memberi penerangan semula berkenaan dengan penaguhan bayaran balik PTPTN bagi PKP 3.0. Dengan ini kami dapat membantu anda meringankan beban yang ditangung. 

PEMBERITAHUAN!!!

Penanguhan Pinjaman PTPTN bagi PKP 3.0 ini BUKAN secara automatik. Peminjam yang layak perlu membuat pemohonan dan pengesahan kendiri (self declaration) secara dalam talian di Portal Rasmi PTPTN

Info Tambahan :  Pemansuhan Syarat I-Sinar Bagi Memudahkan Urusan Pengeluaran Akaun 1

Siapakah yang layak memohon meratorium PTPTN PKP 3.0

Peminjam yang layak memeohon penanguhan pembayaran ini adalah:-

  • Peminjam yang kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID -19 dan
  • Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurangan dalam tempoh pandemik COVID -19 

Penaguhan pinjaman ini boleh dibuat bermula 10 JUN 2021 sehingga 31 OGOS 2021 dan pemohon hanya DIBENARKAN membuat permohonan atau menghantar surat sekali sahaja sepanjang tempoh permohonan dibuka. Justeru itu, pastikan borang permohonan lengkap di isi oleh pemohon sebelum menghanytar ke pihak PTPTN. Dan tempoh penanguhan adalah selama 3 bulan setelah permohonan diluluskan oleh pihak PTPTN.

Terdapat 2 cara penanguhan pembayaran hutang PTPTN ini. Antara caranya adalah :-

1) Pemohon yang hilang punca pendapatan. Penanguhan bayaran adalah seperti dibawah ini :-

Penanguhan Bayaran Balik PTPTN


2) Pemohon yang terlibat dengan pemotongan gaji, penanguhan bayaran balik PTPTN adalah seperti berikut:-

Penanguhan Bayaran Balik PTPTN


PERINGATAN!!!

Arahan pembatalan potongan gaji bagi bulan yang diluluskan penanguhan akan dikeluarkan kepada majikan yang terlibat. Sekiranya majikan masih meneruskan pemotongan gaji, bayaran balik yang di terima tidak akan dipulangkan.

Potongan gaji TIDAK akan berlaku dalam tempoh penanguhan jika pemohonan dibuat SEBELUM penghantaran data potongan gaji. Namun potongan gaji akan berlaku dalam tempoh penanguhan jika pemohonan dibuat SELEPAS penghantaran data potongan gaji.

Justeru itu, pemohon hendaklah membuat semakan jadual penghantaran potongan gaji sebelum membuat permohonan penanguhan.

Info Tambahan :  SPA 9 2021 : Login Portal Pendaftaran Pekerjaan SPA

Penanguhan Bayaran Balik PTPTN

Pihak PTPTN akan membuat pengumuman status permohonan menerusi email yang telah dikemas kini oleh pemohon. Email akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima oleh pihak PTPTN.

Pemohon dikehendaki mengisi maklumat perhubungan maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke aats semua maklumat yang diberikan. Semasa membuat permohonan, pemohon TIDAK perlu membawa apa-apa dokumen sokongan.

Hal ini disebabkan oleh mereka yang memohon penanguhan bayaran balik pinjaman ini merupakan mereka yang terkesan akan pandemik ini. Sebarang kemungkinan yang berlaku akan di kemaskini oleh pihak PTPTN dari semasa ke semasa. Justeru itu, jangan risau akan maklumat terkini status pinjaman. 

PEMBERITAHUAN!!!

Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penanguhan bayaran balik ini seperti mana penanguhan sedia ada.

Bagi peminjam yang TIDAK terkesan akan pandemik COVID -19 ini tetapi mempunyai masalah untuk membuat pembayaran seperti biasa. Mereka dinasihati untuk datang berunding dengan pihak PTPTN untuk penstrukturan semula bayaran pinjaman PTPTN bagi meringankan beban yang ditangung.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan penanguhan bayaran balik PTPTN ini boleh menerusi:-

i. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03- 2193 3000
ii. Live chat di portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my)
iii. Mengemukakan pertanyaan di pautan www.eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai yang berkenaan akan meenjawab semua permasalahan dalam tempoh 7 hari bekerja. 

***SELAMAT MMEMBUAT PERMOHONAN PENANGUHAN BAYARAN BALIK***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments