MQA APEL: Laluan Alternatif Ke IPT

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Apel

Sering kita mendengar di media sosial terutamanya Buletin Utama memberitahu berkenaan dengan APEL. Tetapi tahukah anda apa itu APEL yang sering dibicarakan itu.

“APEL adalah Accreditation of Prior Experiential Learning atau dalam bahasa melayunya adalah Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu”
“Dalam erti kata lain, APEL adalah salah satu proses yang sistematik kerana APEL melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu”

Ianya adalah salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mereka yang mempunyai pengalaman akan sesuatu bidang tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. APEL merupakan satu proses penilaian terhadap penilaian ilmu yang diperoleh secara formal ataupun menerusi pengalaman terdahulu.

Bukan semua mereka yang tidak berkelayakan memasuki ke alam universiti itu tidak pandai tetapi mungkin mereka hanya tidak bernasib baik untuk memasuki alam universiti. Justeru itu, KPT telah mengambil satu langkah kehadapan untuk menaiktaraf mereka yang mempunyai kemahiran untuk sambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi.

“Jadi, mereka yang mempunyai pengalaman /kemahiran dalam sesuatu bidang jangan lepaskan peluang Yang ada ini”

Jenis MQA APEL

MQA APEL terbahagi kepada 2  utama. Pada masa ini, APEL di Malaysia bertujuan memberi kelayakan kepada calon APEL untuk masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sahaja.

APEL terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

1) APEL bagi Tujuan Akses [(APEL(A)] dan

2) APEL bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] .

APEL (A)
APEL

APEL(A) bertujuan memberi peluang kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Secara dasarnya, penilaian APEL(A) melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal atau menerusi pengalamannya yang terdahulu.

” Syarat Asas yang perlu dipatuhi oleh calon bagi permohonan APEL (A) adalah Lulus Ujian Aptitud dan Portfolio”

Sehingga kini, penilaian permohonan APEL(A) telah di buka kepada 4 peringkat kemasukan iaitu :-

  • Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3)

19 tahun dan ke atas bagi kemasukan ke program APEL T-3 pada tahun permohonan dan mempunyai pengalaman yang bersesuaian. Kadar Fi bagi kemasukan APEL T-3 adalah sebanyak RM155 SAHAJA.

  • Kemasukan ke program DIploma (APEL T-4)

20 tahun dan ke atas bagi kemasukan ke program APEL T-4 pada tahun permohonan dan mempunyai pengalaman yang bersesuaian dengan bidang. Kadar Fi bagi kemasukan APEL T-4 adalah sebanyak RM155 SAHAJA.

  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)

21 tahun dan ke atas bagi kemasukan ke program APEL T-6 pada tahun permohonan dan mempunyai pengalaman yang bersesuaian dengan bidang. Kadar Fi bagi kemasukan APEL T-6 adalah sebanyak RM 250 SAHAJA.

  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APELT-7)

30 tahun dan ke atas bagi kemasukan ke program APEL T-7 pada tahun permohonan dan memilki kelayakan STPM atau diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian. Kadar Fi bagi kemasukan APEL T-7 adalah sebanyak RM 370 SAHAJA.

“APEL T-7 melibatkanempat bidang termasuklah pengurusan perniagaan, tekonologi maklumat, pendidikan dan persembahan seni”

APEL (C)

Apel


APEL (C) adalah pengiktiraf pembelajaran pelajar tanpa
mengambil kira bagaimana dan di mana ianya diperoleh bagi TUJUAN PINDAH KREDIT KURSUS di dalam program akademik yang diikuti di IPT. Pindah kredit bagi memastikan calon mampu memendekkan masa pengajian mereka di IPT.

Bagi permohonan APEL (C) Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) WAJIB MENDAPAT KELULUSAN daripada Agensi kelayakan Malaysia (MQA) dahulu ianya berbeza dengan permohonan APEL (A). APEL (A) TIDAK PERLU MENDAPATKAN KELULUSAN MQA.

PPT Rintis adalah:-
• OUM
• WOU
• UiTM
• Universiti Antarabangsa INTI

Bagi permohonan APEL (C) TIADA HAD UMUR minimum ditetapkan. Malahan permohonan adalah terbuka kepada semua.

PERINGATAN!!
KADAR FI penilaian yang dikenakan kepada pelajar untuk APEL(C) adalah
DITETAPKAN OLEH PPT mengikut kesesuaian kursus bukan TETAP seperti APEL (A)

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang ingin melaksanakan APEL(C) perlu mematuhi dasar APEL(C) seperti berikut:

1. APEL(C) boleh diguna pakai bagi pelajar berdaftar menggunakan kedua-dua kemasukan konvensional dan APEL(A);

2. Penilaian pembelajaran yang dilakukan adalah termasuk pembelajaran yang diperoleh melalui Massive Open Online Courses (MOOC) atau mana-mana kaedah pembelajaran kendiri yang setaraf dan diktiraf SAHAJA.

3. PPT boleh MELAKSANAKAN APEL(C) hanya SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN MQA melalui PERMOHONAN APEL(C);

4. APEL(C) boleh dilaksanakan bagi semua bidang dan tahap kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia.

“Pelaksanaan APEL(C) bagi tahap pascasiswazah adalah terhad kepada kursus dalam program secara kerja kursus dan mod campuran”

5. APEL(C) hanya boleh dilaksanakan bagi kursus dalam program yang sekurang-kurangnya telah mendapat Akreditasi Sementara 

6. Kursus dalam program profesional boleh dipertimbangkan untuk APEL(C) dengan kebenaran daripada badan profesional yang berkaitan. PPT bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan ini.

“Dasar penganugerahan kredit melalui APEL(C) membenarkan pindah kredit MAKSIMUM sebanyak 30% daripada jumlah keseluruhan kredit bergraduat sesuatu program. Peratusan ini ialah tambahan kepada peruntukan dasar pindah kredit sedia ada”

Jadi, apa tunggu lagi pilihan semua di tangan anda. Hendak menjadi seorang yang berjaya, pihak kerajaan telah menyediakan laluan dan anda hanya perlu bijak merancang cara untuk memohonnya sahaja. Justeru itu, jangan pernah pandang ke belakang untuk mendapatkan kejayaan.

Rujukan:-
1) https://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_A/index_A.cfm
2) https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_A/CheckDaftar.cfm
3) https://www.mohe.gov.my/fokus/364-apel
4) http://www2.mqa.gov.my 
5) https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_C/dasarumum_C.htm
6) https://www2.mqa.gov.my/pasp/PApeneranganringkas.cfm

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments