MQA : Fleksibiliti Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2021

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

MQA : Fleksibiliti pengendalian program Pendidikan Tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2021 ini dikeluarkan pada 17 Ogos 2021. semasa tempoh yang mencabar menangani pandemik COVID -19 ini pihak PPT telah diberikan fleksibiliti untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian.

Secara asasnya, pasti ramai lagi yang tidak ketahui akan fungsi MQA. Justeru itu, pada hari ini kami akan merungkai serba sedikit berkenaan dengan tugas MQA. Panduan ini perlu disertakan bersama dengan arahan atau ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

TAHUKAH ANDA!!!

Senat/ Lembaga Akademik PPT adalah bertanggunjawab dan diberikan autonomi untuk memutuskan pelaksanaan program dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berdasarkan peraturan akademik masing-masing. PPT hendaklah memastikan sebarang pindaan dan penyelerasan direkod untuk tujuan penilaian Akreditasi pada masa akan datang.

MQA : Fleksibiliti Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan 2021

MQA

Malaysian Qualifications Agency MQA

Menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini, pihak MQA mempunyai kelebihan dalam pengendalian program pendidikan tinggi semasa perintah kawalan pergerakan 2021. Walaubagaimana sekalipun, fleksibiliti ini akan bertukar selaras atau mengikut keperluan bidang program tertentu.

Antara fleksibiliti pengendalian program pendidikan tinggi semasa perintah kawalan pergerakan adalah:-

1) Penilaian pelajar 

Mqa

Menerusi penerangan daripada pihak MQA, pihak PPT boleh mengubah suai penilaian kursus-kursus yang merangkumi :-

  • Penilaian berterusan
  • Penilaian akhir yang dijajarkan dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan
Info Tambahan :  Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris Sesi 2/2021, Beaufort Sabah

Walaubagaimana sekalipun, pihak PPT WAJIB memastikan 3 aspek ini dititikberatkan :-

  • Validity
  • Realibility
  • Fairness

Ketiga-tiga aspek ini perlu dititikberatkan agar penilaian yang dilaksankan berfungsi dengan baik. Pada masa yang sama, pengubahsuaian penilaian perlu mengambil kira bilangan atau kekerapan penilaian selaras situasi semasa pelajar. 

2) Penstrukturan semester

Sepanjang pelajar menghadiri pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian ini, pihak PPT boleh menstruktur dan menyusun semula kursus-kursus mengikut kesesuaian penawaran semester bagi memastikan pelaksanaan secara dalam talian berjalan lancar. 

INFO!!!

Penyusunan kursus yang melibatkan pra-syarat atau turutan kompleksiti kursus mesti dipertimbangkan semasa emmbuat penstrukturan kursus tersebut.

Pihak PPT boleh menyusun kursus-kursus yang melibatkan komponen pembelajaran yang kritikal dilaksankan bersemuka dan tidak dapat digantikan menerusi kaedah dalam talian. Ianya boleh dianjakkan ke semester akan datang atau dikendalikan selaras dengan mana-mana kebenaran khas pihak berkuasa. 

3) Kebajikan pelajar

Bagi memastikan semua kebajikan pelajar terpelihara sepanjang PKP 3.0 ini maka pihak PPT WAJIB atau DIGALAKKAN untuk menyediakan khidmat sokongan kepada pelajar. Justeru itu, pihak PPT perlu atau sedia untuk memberikan khidmat bantuan kepada semua pelajar.

Pihak PPT boleh merancang:-

  • Aktiviti yang boleh yang melibatkan pelajar-pelajar berinteraksi dan memberi perkongsian antara rakan di lokaliti masing-masing
  • Pihak PPT juga perlu menjalankan kaji selidik yang bersesuaian bagi memastikan setiap permasalahan pelajar berkaitan dengan :-
    • PdP
    • Keperluan peranti elektronik
    • Kemudahan internet
    • Tekanan terhadap pembelajaran dapat dilaksanakan dengan segera
Info Tambahan :  Tarikh Pemilihan Program Pengajian UPUOnline

4) Kebajikan staff akademik

Seterusnya, pihak PPT perlu memberi bimbingan dan panduan kepada staff akademik agar mereka juga beruapaya untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bentuk baharu ini. Pada masa yang samma, pihak PPT juga boleh memberi sokongan dalam menyediakan modul pembelajaran dalam talian yang lengkap. Justeru itu, staff perlu dibekalkan dengan peranti yang lengkap bagi memastikan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Pertanyaan dan Aduan di http://www2.mqa.my/sppa/

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat mengurangkan resah kepada para siswazah yang sedang menerima pembelajaran menerusi atas talian. Sekiranya ada sebarang pertanyaan anda boleh terus ke pihak UUniversiti masing-masing agar anda mendapat pencerahan dengan lebih lanjut lagi. ELAKKAN daripada perselisihan faham antara pihak pelajar, univeristi mahupun tenaga pengajar. 

Sekiranya para pelajar mengalami masalah dalam melaksankaan PdP, JANGAN pernah malu untuk emndapatkan khidmat nasihat daripada pihak Universiti. Hal ini disebabkan ianya adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak universiti berkenaan dengan kebajikan pelajar. Justeru itu, mintalah bantuan dan pandangan pihak Universiti sekiranya anda mengalami maslaah dalam mengikuti kelas secara atas talian ini. 

Mqa

Woman wearing gown raising hand with  success Bachelor Degree of University

***KEBAJIKAN ANDA MERUPAKAN KEPENTINGAN KAMI***
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments