MUET: Pindaan Tarikh Ujian Calon Matrikulasi Sesi 2 (Writing Test)

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
MUET: Pindaan Tarikh Ujian calon Matrikulasi & Sesi 2 (Writing test)

MUET
MUET adalah “Malaysian University English Test”. Ianya merupakan ujian bagi mengukur pencapaian kemahiran dalam Bahasa Inggeris. Ujian ini biasanya dilaksanakan bagi pelajar pra universiti, matrikulasi, STPM, asasi dan diploma. Ujian ini dilaksanakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

INFO!!!

Ujian ini WAJIB bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) Malaysia. Para pelajar WAJIB Lulus dan mendapatkan band yang tertinggi bagi menyambung pelajaran dalam yang diingini.

INFO TAMBAHAN!!!


Calon ujian ini hendaklah membuat pendaftaran di sekolah/institusi masing-masing. Bagi calon persendirian dan calon lain, mereka boleh membuat pendaftaran dibuat di mana-mana pejabat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pemakluman terkini pindaan tarikh ujian MUET bagi calon Matrikulasi 2020. Tarikh pindaan ini adalah disebabkan oleh graf peningkatan secara mendadak virus COVID-19 di Malaysia dari sehari ke sehari. Justeru itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengambil keputusan untuk menunda Ujian ini buat calon Matrikulasi dan bagi pelajar bukan Matrikulasi sesi 2 (written test).

Tarikh asal Ujian bagi “Speaking test” Matrikulasi akan dipinda kepada tarikh berikut:-

Tarikh asal Tarikh Baharu
02/11/2020——- 08/12/2020
03/11/2020——- 09/12/2020
04/11/2020——- 10/12/2020
05/11/2020——- 14/12/2020
09/11/2020——- 15/12/2020
10/11/2020——- 16/12/2020

Manakala, tarikh Ujian Penulisan (Writting test) pula adalah dariapda 7/11/2020 ke 19/12/2020.

PERINGATAN!!!

Slip Pendaftaran baharu boleh didapati melalui pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php pada 29/10/2020
MUET
Selain daripada pelajar Matrikulasi, pindaan tarikh Ujian ini bagi Sesi 2 Written test juga di tangguhkan. MUET sesi 2 (Written test) seharusnya dilaksanakan pada 31/10/2020 TETAPI disebabkan wabak COVID-19 ini semakin meningkat dari sehari ke sehari jadi, pihak MPM telah memberi kata putus untuk menangguhkan UJIAN sesi 2 kepada 21/11/2020.

PERINGATAN!!!

Bagi calon yang bakal menduduki Ujian sesi 2 ini JANGAN lupa cetak slip pendaftaran yang baharu. Bukan apa, takut nanti adik-adik terlepas menduduki peperiksaan ini pula setelah sekian lama menunggu.


Buat pengetahuan umum, Ujian ini biasanya dilaksanakan 3 kali dalam setahun (awal, pertengahan, dan akhir tahun) TETAPI pada tahun ini Ujian ini hanya dilaksanakan 2 kali SAHAJA. Hal ini disebabkan oleh keadaan virus COVID-19 yang masih belum pulih lagi. Justeru itu, Ujian MUET sesi 3 ini dibatalkan serta merta. Berikut adalah kalender Ujian MUET tahun 2020:-


Walaupun sukar untuk menduduki Ujian ini bagi pelajar-pelajar pra universiti TETAPI setiap perjuangan yang dirasai oleh mereka pasti akan membuahkan kejayaan yang berharga.

Rujukan:-
1) https://www.mpm.edu.my/pengumuman/285-pindaantarikh-ujian-speaking-muet-s2-2020-bagi-calon-khas-matrikulasi
2) http://www.mpm.edu.my/
3) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Malaysian_University_English_Test

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )