Muet Speaking Tips Menghadapi MUET

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Muet Speaking Tips Menghadapi MUET 1
MUET

MUET speaking  ialah ujian yang penting dalam tingkatan 6/ setaraf. Muet speaking tips merupakan selalu ditanya mungkin ianya agak sukar disebabkan ia lebih spontan dan melibatkan komunikasi antara individu lain dan ianya merupakan sesuatu yang sukar sekiranya anda tidak mengamalkan selalu percakapan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian. Sebenarnya kami ingin membantu dalam test speaking MUET anda, tapi tidak ada yang berkemahiran sedemikian yang betul-betul pakar dalam memberikan tips speaking muet. Walaubagaimanapun, ada antara kami yang masih segar dalam ingatan semasa diuji dahulu dan tips mereka mungkin berguna untuk anda :

MUET speaking test Maklumat umum

  • Bila di dewan peperiksaan, semak ID anda dan tunjukkan IC dan slip peperiksaan kepada mereka.
  • Duduk mengadap penguji anda dengan penuh kesediaan.
  • Baca soalan sahaja apabila dibenarkan, jangan tulis apa-apa di kertas soalan tersebut.
  • Anda boleh bertanya pemeriksa jika anda tidak faham dengan soalan yg diberi. Pastikan ianya selepas 1 minit masa membaca yang diberikan.
  • Anda akan diberi 2 minit untuk bersedia dalam ujian individu. Jangan berbincang dengan calon lain ketika itu.
  • Ujian speaking individu bermula dengan turutan setiap calon dengan 2 minit masa bercakap diberikan setiap seorang.
  • Selepas itu anda diberi 2 minit untuk persediaan perbincangan kumpulan pula. Jangan berbincang dgn calon lain ketika itu
  • Perbincangan kumpulan bermula dan anda diberikan 10 minit.
  • Ujian selesai dan anda boleh keluar dewan, jangan bawa keluar barang lain dalam dewan kecuali ID dan slip peperiksaan anda sendiri.
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Tips dan teknik MUET

Persediaan ( masa diberi 2 minit ) ·         Baca situasi yang diberi dengan sebaiknya untuk memastikan anda faham situasi dan maksud sebenar yang ingin anda huraikan nanti

·         Tulis katakunci supaya ia membantu anda ingat perkara penting sekiranya anda habis idea atau ingin keluar dari topic

·         Tulis idea anda dalam ringkasan ataupun peta minda

·         Jangan tulis sepenuhnya apa ayat anda nak bercakap.

·         Berikan nombor dan susun idea anda dengan baik dan lojik supaya ia menampakkan kematangan pemikiran anda.

Ujian individu ·         Mulakan dengan memberi kata aluan pada audian anda

·         Bercakap dengan jelas dan sederhana kuat sesuai dengan keadaan bilik ujian anda.

·         Cuba bercakap menggunakan susunan perkataan atau penggunaan perkataan yang betul

·         Jika ketika bercakap anda tersekat, cuba huraikan kembali dengan menggunakan perkataan yang seakan sama yang lebih ringkas dan mudah. Jika masih lagi tersekat, tinggalkan idea tersebut dan beralih kepada idea / isi yang lain.

·         Pastikan kontak mata dengan pemeriksa dan calon lain adalah baik.

·         Jangan membaca sahaja skrip

·         Anda boleh menggerakkan tangan sedikit ketika bercakap, tapi janganlah terlalu melampau.

Perbincangan kumpulan ·         Bila kawan bercakap, tumpu perhatian dan dengar dengan baik

·         Sentiasa ingat untuk bercakap mengikut topic yang diberi, jangan sekali-kali bercakap apa yang anda mahu cakap

·         Jadi seorang yang berbincang dalam kumpulan, jangan terlalu memonopoli perbincangan

·         Bantu rakan anda ( markah tambahan untuk anda )

·         Tunjukkan bahawa anda menghargai setiap idea kawan anda dengan ayat-ayat yang sesuai.

·         Jika anda tidak bersetuju dengan idea rakan anda, huraikan dengan penuh berhemah.

·         Serlahkan kelebihan anda dengan menunjukkan anda mampu mengurus perbincangan, penggunaan perkataan dan memberikan rumusan yang baik.

Mendengar calon lain ·         Dengan dengan baik apa yang mereka katakana

·         Tuliskan isi ringkas

·         Jangan tulis kesemua apa yang calon lain cakap

·         Jangan buat kerja lain dan sendiri

·         Jangan menggangu ketika kawan anda sedang bercakap

·         Tunjukkan minat mendengar dengan anda menunjukkan perlakuan menggalakkan. Cth : menganggukkan kepala.

 

Itulah sedikit sebanyak MUET speaking tips yang kami boleh bantu, itupun atas dasar pengalaman. Mungkin ada sesuatu tips  yang kami tertinggal atas silap dan silalah anda tegur atau nyatakan komen. Selain itu juga kami dimaklumkan ada ebook khas yang dibuat oleh seseorang untuk cemerlang muet ini ( muet speaking tips ) buatlah pertimbangan dengan baik, Bagi kami hanyalah ingin membantu semoga anda mendapatkan sedikit sebanyak tips muet untuk kejayaan anda nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *