

Kita baru menghadapi satu kes pelajar yang mengejutkan melalui trajedi kebakaran Tahfiz Darul Ittifaqiyah, apa yang mengejutkan apabila pihak bomba dan polis telah mengesahkan punca kebakaran adalah dari perbuatan membakar dan pihak polis telah mengesahkan tangkapan dan siasatan terhadap 7 orang suspek.


Dari 7 orang suspek hanya 2 orang yang didakwa dengan kes membakar dan baki 5 orang lagi didakwa dengan kes lain termasuk dadah. Apa yang lebih membimbangkan, 7 suspek adalah dari umur kanak-kanak dan remaja yang berpunca dari selisih faham.
Dari pendapat ramai orang melalui media sosial, apa yang berlaku sebenarnya turut menggambarkan situasi masalah sosial remaja kini. Ada yang berpendapat dan saling tuduh menuduh termasuk menyalahkan ibu bapa, kerajaan dan juga sistem pendidikan.
Dalam tempoh itu juga, ada juga kes-kes lain melibatkan remaja seperti menghentak batu ke kepala guru dan viral video pelajar memukul ibunya. Ramai netizen mula mempersoal apa yang dilakukan dalam sistem pendidikan sehingga kes-kes sebegitu boleh berlaku.
Golongan pendidik pastinya akan menentang pendapat yang menyalahkan guru, sememangnya jika dikira faktor waktu sebenarnya ibu bapa lebih lama masanya bersama anak-anak berbanding guru. Selain itu, seorang guru kelas tidak mampu mengawal pelajarnya dalam kelas yang kini boleh mencecah purata 30 orang sekelas. Jika di kira contoh bilangan guru di sekolah juga hanya sekitar seratus lebih berbanding pelajar 300-500 orang. Berbanding dengan ibu bapa mempunyai lebih masa dan tenaga apabila hanya menjaga 2-8 orang anak bersama-sama pasangan masing-masing.
Kemungkinan Punca Hukuman Rotan Tidak Dilaksanakan
Serentak dengan itu, Menteri Pendidikan sendiri mula memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan kemenjadian pelajar. Antara yang disebut oleh ramai orang adalah mengembalikan hukuman rotan. Oleh kerana itu, melalui posting Menteri Pendidikan melalui akaun media sosial peribadinya ada memaklumkan salah satu punca kenapa hukuman rotan tidak dapat dilaksanakan.


Menurut Menteri Pendidikan, NGO banyak menentang hukuman rotan ini. NGO adalah badan bukan kerajaan terdiri dari persatuanĀ bukan kerajaan yang kemungkinan banyak memberi respon untuk tidak menyokong hukuman rotan ini.
Pelaksanaan sistem hukuman rotan kepada pelajar mendapat tentangan daripada banyak pihak antaranya ialah NGO. Namun begitu, Kementerian Pendidikan Malaysia sedia memperkemas sistem ini supaya dapat beri kefahaman kepada masyarakat terhadap prosedur ini.
Kalau tiada pemahaman daripada masyarakat maka tindakan guru melaksanakan hukuman rotan itu dilihat dari sudut yang negatif.
Maka, perkara ini dilakukan dengan pertimbangan dalam pelbagai aspek yang harus dilihat secara holistik. – Mahdzir Khalid , Menteri Pendidikan
Serentak dengan itu, banyak respon menyokong dan ada juga yang membantah. Kebanyakan menyeru Menteri Pelajaran untuk lebih mementingkan suara golongan pendidik dari NGO kerana yang berpengalaman menghadapi pelajar setiap hari adalah guru.
Apa reaksi anda? Pada pandangan kami, setiap apa tindakan perlu dikaji dan mengambil kira respon dari pelbagai pihak terutama pihak yang terlibat secara terus dengan sesuatu masalah. Pastinya Kementerian Pelajaran sedang melakukan sesuatu untuk kebaikan anak didik yang bakal menerajui Malaysia.
Utamakan pendapat cikgu, NGO bukan datang skolah hari2..
Aku dulu kena rotan 30x , skrg dah berjaya jugak.. jangan manja sangat!
Cuba bayang anak ko yg kne rotan? ada guru yang kdg2 pukul melampau dan xada sebab.