Murid Tidak Perlu Kerja Rumah “ Homework “ Jelas KPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anak anda terbeban dengan kerja rumah? Syor KPM berkaitan murid tidak perlu di beri kerja rumah mungkin menarik untuk dibincangkan. Merujuk pada medium sosial rasmi KPM, satu isu berkaitan beg berat murid ke sekolah telah dikeluarkan. Terdapat banyak syor yang dikeluarkan termasuk syor kepada guru untuk tidak memberikan kerja rumah/ Homework kepada murid.

Syor KPM
Syor KPM

Adakah murid terbeban dengan kerja rumah?

Kerja rumah sebenarnya adalah sesuatu yang positif kerana ia memberikan lebih masa belajar seorang pelajar dirumah dari membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah. Namun demikian ada ibu bapa tidak bersetuju kerja rumah diberikan kepada murid sekolah rendah terutama murid yang berada pada tahap 1.

Sambutan baik
Sambutan baik

Jika mengikut normal seorang kanak-kanak, waktu seharian kanak-kanak perlu diseimbangkan dengan banyak perkara termasuk waktu bermain. Sekiranya kanak-kanak terlalu kerap belajar , dibimbangi akan kurangnya kemahiran-kemahiran sosial dan kemahiran lain yang sepatutnya dipelajari.

Selain itu juga, kanak-kanak di tahap 1 terutama lelaki masih kurang matang untuk mengingat kerja-kerja rumah yang diberikan dan kadangkala ia lupa untuk membuat kerja rumah yang ditugaskan kerana asyik bermain.  Kanak-kanak juga tidak boleh dibiar bersendirian membuat kerja rumah kerana fokus mereka mudah lari dan sentiasa perlu dipantau oleh ibu bapa kerana setiap latihan yang diberi akan dianggap begitu susah dan lambat untuk disiapkan walaupun ianya senang.

Info Tambahan :  SPM Ulangan: Panduan Lengkap, Tips dan Jadual 2023

Kelebihan Pemberian Kerja Rumah

Pemberian kerja rumah ini banyak manfaatnya bagi setiap pelajar, kerja rumah dapat memberikan lebih masa belajar dirumah dan memahirkan lagi persediaan belajar seorang pelajar.

Selain itu juga, peranan ibu bapa juga dapat digunakan untuk mengajar anak mereka sendiri untuk mengeratkan perhubungan dalam keluarga serta mempelbagai lagi sistem penyampaian dalam pembelajaran.

Masalah Perlaksanaan dari pihak guru

Ada juga guru yang respon berkaitan hal ini, kebanyakan kerja rumah ini adalah berpunca dari murid sendiri yang kerap bermain dalam kelas. Masa yang ada tidak digunakan untuk menyiapkan kerja yang diberi dan guru pula tidak mempunyai masa yang cukup untuk memantau kesemua pelajar yang ada dalam kelas. Selain itu juga tekanan sukatan pelajaran perlu juga dihabiskan oleh guru menyebabkan sukar untuk menyambung kerja untuk hari berikutnya.

Kesimpulan Isu Kerja rumah

Kerja rumah dari sekolah memang mempunyai kelebihan tersendiri, namun demikian ia tidak sesuai diberikan terlalu banyak kepada murid tahap 1. Langkah kerajaan mengesyorkan tidak perlu kerja rumah dan setiap kerja perlu dilakukan di sekolah adalah ada relevannya.

Kita memerlukan pekembangan insan yang seimbang, kadangkala dirumah seorang kanak-kanak perlu bermain dan belajar ilmu lain termasuk komunikasi dari penjaganya. Selain itu, kanak-kanak perlu diasuh untuk bersolat kerana melalui latihan solat mampu meningkatkan disiplin, fokus, ingatan dan banyak lagi kepada seorang kanak-kanak itu.

Info Tambahan :  Tingkatan Enam: Subjek, Mod dan Tips Berjaya 2023

Mengikut luahan guru, tekanan menghabiskan sukatan juga perlu diambilkira oleh pihak berkaitan supaya pembelajaran dapat dilakukan dengan harmoni dalam kelas. Bagi pihak guru pula diharapkan memahami situasi murid tahap 1 dan tidak terlalu memaksa atau memarahi dengan serius/melampau  seorang kanak-kanak yang tidak berjaya menyiapkan kerja rumah. Sokongan dan teknik perlu dilakukan untuk memberikan lebih minat murid untuk segera menyiapkan kerja yang diberikan dalam kelas.

Murid Tidak Perlu Kerja Rumah “ Homework “ Jelas KPM 1

Bukan mudah menjadi guru, terutama guru yang perlu menjaga lebih dari 25 orang pelajar serentak dalam kelas. Cabaran itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru dan ianya perlu dilihat lebih mendalam oleh pelbagai pihak termasuk ibu bapa.

Perlaksanaan Syor Guru

Status terkini pematuhan dan perlaksanaan masih lagi belum menampakkan kesan mungkin ia tidak melalui arahan lebih jelas dari pihak ketua jabatan ataupun maksud sebenar belum difahami oleh guru.

Mungkin ia sekadar pengesyoran dan ianya didatangkan lagi dengan syor lain iaitu kepada murid, sekolah dan ibu bapa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top