Tahukah Anda, Saman dari Polis ( PDRM ) atau agensi lain seperti JPJ yang berkaitan kerajaan boleh disemak online di MYEG iaitu laman kemudahan kerajaan. MYEG di perkenal bagi memudahkan akses pengguna untuk semak saman, bayar dan juga membuat banyak perkara lagi seperti memperbaharui cukai jalan dan sebagainya. Semakan Saman Polis ( PDRM ) atau JPJ secara online ini memudahkan akses dimana jua pengguna tinggal tanpa perlu beratur ke lokasi pembayaran saman atau semakan saman.


Penggunaan MYEG ini amat mudah Cuma ia pastinya memerlukan talian internet dan memerlukan pendaftaran pada laman MYEG tersebut sebelum saman boleh disemak. Saman yang disemak juga boleh terus dibayar atau dicetak penyataannya untuk simpanan.
Cara Semak Saman Polis ( PDRM ) dan JPJ Melalui MYEG
Semakan saman di MYEG memerlukan talian internet dan perlu daftar terlebih dahulu. Pendaftaran tidaklah terlalu sukar Cuma ada banyak maklumat yang perlu diisi. Setelah daftar pengguna boleh terus membuat semakan saman masing-masing ( Jika Ada ). Proses semakan saman di MYEG adalah diringkaskan seperti dibawah :
- Masuk ke Alamat : MyEG Services Berhad
- Klik pada mana-mana butang “ register “ pada laman web bekenaan
- Isi dengan lengkap maklumat penting dalam borang yang keluar
- Setelah selesai dan semak maklumat yang diisi, anda boleh hantar dengan klik pada butang yang disediakan.
- Setelah selesai, anda boleh login menggunakan username dan password yang didaftar tadi.
- Pilih butang semak saman tidak kira saman dari Polis PDRM atau JPJ dan sebagainya.
- Masukkan no kenderaan anda dan klik butang hantar. Keputusan saman akan keluar ( Jika Ada ) sekiranya anda ingin bayar, kad kredit boleh digunakan untuk membayar saman yang dinyatakan dan jangan lupa untuk print resit pembayaran sebagai bukti pembelian.
Bawalah kenderaan pelahan sedikit atau ikut peraturan jika anda tidak mahu membeli menggunakan sistem semakan Saman PDRM dan JPJ MyEG ini.
thanks
tepat & cepat
EXCELLENT & EFFICIENT
thank
thank you
Terima kasih atas maklumat berguna ini.
Memang kita boleh semak saman polis dan jpj di MyEG.
Cuma saya rasa sistem MyEG tidak dapat menyemak saman kamera AES kan?