Mylesen dan Borang Permohonan Mylesen

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kredit foto : sinar harian
Kredit foto : sinar harian

Kami menerima pertanyaan berkaitan borang permohonan mylesen, tahukah anda mylesen ialah program kerajaan bagi membantu golongan yang tidak mampu atau lebih menggalakkan lagi pemilikan lesen dikalangan pengguna. Mylesen ini lebih memfokuskan kepada pengambilan lesen motosikal. Bagi kami, mengutamakan keistimewaan ini kepada penunggal motosikal adalah bertepatan kerana penunggang motosikal lebih berisiko dan mudah untuk mengundang maut kerana tidak mempunyai sebarang perlindungan tambahan sekiranya kemalangan berlaku. Pengambilan lesen melalui mylesen ini sekurangnya dapat memberikan lebih input keselamatan dan kesedaran menjaga keselamatan ketika menunggang motosikal sekurangnya dapat mengurangkan kemalangan maut hingga boleh merugikan Negara.

Mylesen merupakan program yang dianjurkan oleh  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada golongan remaja dan belia yang berumur 16 tahun ke atas memiliki lesen B2. Program Mylesen ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan penunggang dan pembonceng motosikal dengan memiliki lesen. Bila remaja-remaja ini memiliki lesen bermakna mereka telah lulus ujian undang-undang dan telah diuji oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sekurang-kurangnya mereka boleh memahami dan mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Kami juga berpendapat program ini sangat membantu terutama pelajar  yang membawa motosikal ke sekolah. Permohonan untuk Program Mylesen ini akan bermula pada 15 September 2015 dan tarikh tutup pada 15 Oktober 2015.  Selain dari itu program Mylesen untuk membantu masyarakat memiliki lesen motosikal dengan syarat-syarat yang mudah sahaja seperti di bawah :

  • Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
  • Berumur 16 tahun dan ke atas.
  • Memiliki MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
  • Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan.
  • Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis.
Info Tambahan :  Permohonan UPU 2024 dan Tarikh penting UPU

Setiap permohonan untuk memohon Mylesen ini hendaklah dilengkapkan dengan  dokumen-dokumen seperti berikut:

Borang Permohonan mylesen

  • Borang MyLesen yang telah lengkap diisi. Muat Turun Borang Permohonan Mylesen
  • Salinan fotostat MyKad/Polis/Tentera/MyPR.
  • Borang Permohonan Ujian Undang-undang Jalan Raya (Bahagian I) Lisan yang telah diluluskan (bagi pemohon buta huruf atau lembam sahaja).

Pendaftaran dan Kadar Bayaran yang sangat berbaloi dalam Program Mylesen untuk golongan remaja terutama pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah:

Borang permohonan mylesen

Cara memohon mylesen

Untuk membuat permohonan, anda perlu mendapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan melalui institute memandu mengikut negeri yang telah dilantik ( Maklumat Lanjut )

Info Tambahan :  Cara Beli Pin UPU 2024/2025

Anda juga perlu mengisi dengan lengkap borang permohonan mylesen dan menyediakan wang pendaftaran RM 299. Pastikan syarat yang ditetapkan juga dipenuhi untuk mengelakkan kegagalan dalam permohonan.

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan adalah lebih baik anda merujuk Laman Rasmi JPJ . Semoga  maklumat berkaitan mylesen dan borang permohonan mylesen ini memberikan sedikit sebanyak info kepada anda dalam membuat permohonan. Adalah lebih baik anda mengambil peluang ketika pengurangan kos yang diberi ini. Sekurangnya pemanduan anda lebih berhemah apabila faham dan belajar berkaitan keselamatan menunggang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *