Nasihat untuk Adik-adik Masuk Sesi Persekolahan Baru (Khas Tingkatan 3 Dan 5)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Nasihat untuk Adik-adik Masuk Sesi Persekolahan Baru (Khas Tingkatan 3 Dan 5) 1
Back To School

Hari ini tanggal 24 Disember 2012, bermakna  7 hari lagi akan masuk tahun baru 2013, dan hanya tinggal 8 hari sahaja cuti persekolahan bagi mereka yang bersekolah. Pasti semua sudah tahu sesi persekolahan 2013 bermula pada 2 Januari 2013 yakni hari Rabu (harapnya adik-adik yang bersekolah tidak lupa).

Makanya apakah persiapan ke sekolah sudah siap? Bukan sahaja fizikal malah mental adik-adik. Saya ingin memfokuskan kepada adik-adik yang berumur 15 tahun dan 17 tahun. Mengapa? Kerana adik-adik lah yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun hadapan iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing.

Anggaplah ini nasihat dari seorang yang sedikit lebih pengalamannya. Saya ingin menggelarkan ini semua sebagai nasihat berbanding tips kerana mahu lebih mesra dan lebih serius.

5 Nasihat :

1)      Fokus belajar untuk jawab soalan PMR/SPM dari hari pertama sekolah lagi iaitu 2 Januari 2013. Jangan bertangguh dan fikir bahawa peperiksaan itu lambat lagi. Tidak lama, dik. Hanya 9 atau 10 bulan sahaja masa yang tinggal.

  • Fikirkan dengan serius setiap masa pembelajaran. Guru-guru juga pastinya lebih menumpukan perhatian terhadap adik-adik yang bakal menempuh PMR/SPM.
  • Mula mengikuti segala kelas tambahan yang disediakan. Biasanya sekolah akan menyediakan pelbagai program khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
  • Buat nota dari awal. Jangan tunggu sebulan dua sebelum peperiksaan baru hendak mula.
  • Pastikan semua kerja rumah yang diberi disiapkan dalam masa yang diperuntukkan. Kerja rumah juga cara untuk belajar, bukannya diberi oleh guru untuk menyeksa pelajar.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

2)      Belajar semua subjek. 9 subjek atau 10 terpulang. Namun bahagi masa sepatutnya untuk setiap subjek bukan setakat subjek yang anda minat atau yang anda rasa susah. Bimbang nanti subjek lain akan ketinggalan. Pastinya masa hanya akan mencukupi sekiranya adik-adik bermula dari awal.

3)      Pandai-pandailah bahagikan masa. Masa belajar, belajarlah. Tetapi masih ada masa untuk bermain, jangan risau. Jangan terlalu tertekan. Sekiranya ada tanda-tanda adik-adik rasa tertekan, cepat-cepatlah jumpa guru atau ibu bapa dan minta nasihat.

4)      Rapatkan diri dengan guru. Keberkatan dalam menuntut ilmu juga amat penting. Bukan setakat membaca sahaja dapat lulus ujian. Banyakkan membantu guru-guru. Rebut juga peluang untuk bertanya soalan. Tetapi perkara ini sepatutnya dipraktikkan dari mula lagi, jangan hipokrit untuk peperiksaan sahaja. Apa-apapun, Allah SWT tahu akan niat di hati kita. Maka ikhlaslah.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

5)      Berbuat baiklah dengan ibu bapa dan berdoalah selalu. Mulalah berdoa dari sekarang, bukannya sehari sebelum peperiksaan. Ingatlah tawakal datang hanya selepas usaha.

Adik-adik juga diingatkan supaya tidak ber’honeymoon’ di tingkatan 2 dan 4. Ramai pelajar yang begini sebenarnya, maka kelam kabutlah bila masuk Tingkatan 3 dan 5.

Selamat bersekolah kembali.

Wallahualam.

Disediakan oleh: niaron

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *