Nilai-Nilai Murni Dalam Jiwa Remaja

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on Google+Print this page

Nilai-Nilai Murni Dalam Jiwa Remaja

Nilai merujuk kepada etika atau prinsip moral atau nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu kumpulan manusia. Nilai disemai dalam diri setiap insan semenjak dilahirkan lagi, ditanam sepanjang masa kecil, dikukuhkan semasa meningkat remaja dan akhirnya membentuk insan tersebut apabila dewasa. Sama ada ia disemai secara langsung ataupun tidak, ia bakal mempengaruhi dan kebiasannya kekal dalam diri manusia.

kosmo-love

Antara nilai yang patut ada dalam diri remaja kala ini adalah:

1)      Nilai keagamaan

  • Setiap agama membawa ajaran yang membawa kebaikan kepada penganutnya. Tiada agama yang menggalakkan kejahatan atau keburukan. Maka jika setiap remaja zaman ini mengamalkan nilai agama dalam kehidupan dan perlakuan mereka, nescaya mereka akan sentiasa berada di atas landasan yang betul.
  • Nilai agama kebiasaannya diterap daripada kecil oleh ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling.
  • Bandingkan seorang atheist yang tidak mempercayai kewujudan tuhan, pastinya kehidupan mereka di muka bumi ini tidak mempunyai landasan yang kukuh dan tidak mempunyai matlamat yang abadi, maka mereka bias melakukan sesuatu mengikut kesukaan mereka kerana tidak merasa diperhatikan atau dinilaikan oleh tuhan.

 

2)      Nilai budaya

  • Budaya setiap bangsa adalah berbeza. Namun rata-rata menekankan aspek sistematik dalam melakukan sesuatu agar kemas dan berkesan.
  • Namun, harus diingat sebahagian budaya adalah bertentangan dengan agama. Maka di sini seseorang perlu membuat pilihan yang terbaik yakni memilih agama berbanding budaya.
  • Budaya juga mampu membuat seseorang kekal dalam keharmonian kerana mengikut norma dan tidak menongkah arus.
  • Bagi remaja di zaman milenium ini, kebanyakannya terlalu obsess dengan kebudayaan yang jauh berbeza dan bertentangan dengan asal-usul mereka, hinggakan mereka ini hilang arah dan hilang identity mereka yang sebenar.
  • Perhatikan sahaja cara berpakaian, berapa ramai lagi yang selesa dengan cara pemakaian ketimuran di Malaysia ini? Contohnya pakaian kebangsaan kita seperti baju kurung, baju melayu, cheongsam, dhoti atau kebaya nyonya. Kini ia hanya menjadi pakaian ketika menyambut perayaan sahaja. Kebanyakan remaja lebih selesa dengan cara barat.
Baca Juga :  Keputusan Ulangan SPM Tahun 2017

 

3)      Nilai sosial

  • Pemikiran remaja masih lagi dalam proses menuju kematangan. Maka di tahap ini, remaja amat terdedah dengan pelbagai nilai sosial yang buruk. Minda yang masih lemah pula memudahkan ia dijajah dan ditanam dengan aspek-aspek tidak baik seperti materialistik, tiada belas kasihan, dan tidak toleransi.
  • Dan semua nilai ini adalah dibentuk oleh orang-orang dewasa disekeliling mereka.
  • Kerana inilah, kita dibenarkan mengundi dalam pilihan raya setelah berusia 21 tahun keatas dan merokok adalah tidak salah bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas (dalam undang-undang sivil). Ini disebabkan kita merasakan remaja pada usia ini telah mencapai tahap kematangan yang dikehendai dan mampu membuat keputusan yang tepat dalam hidup mereka.
  • Namun, jangan kita lupa bahawa kematangan tidak terhad kepada faktor usia sahaja, sekiranya seseorang itu sentiasa hidup seperti katak di bawah tempurung bagaimana mungkin dapat menjadi matang biarpun umurnya sudah mencapai 30 tahun.

 

4)      Nilai politik

  • Dizaman demokrasi ini, nilai politik tidak boleh dilupakan. Pemimpin contoh kepada yang dipimpin. Politik bukan sahaja hal orang dewasa. Remaja juga sebenarnya ada peranan yang besar dalam politik negara. Seseorang remaja tidak boleh disempitkan fikiran agar mengenepikan nilai politik dalam kehidupan. Namun tidak juga patut dihasut agar menjadi manfaat kepada mana-mana pihak.
  • Remaja sebenarnya bebas mempunyai fahaman sendiri, tapi perlu kembali kepada nilai pertama dan kedua yang amat penting tadi yakni nilai keagamaan dan budaya. Nilai politik tidak harus dipisahkan dari keduanya kerana paksi hidup kita yang sebenar adalah agama.
Baca Juga :  Tarikh Penting Permohonan UPU 2018 Wajib Anda Tahu

 

5)      Nilai psikologi

  • Remaja harus tahu yang baik dan yang buruk tentang sesuatu perkara dengan sebaiknya. Anda remaja juga perlu mampu mengawal masing-masing agar tidak terjejas psikologi.
  • Nilai psikologi ini perlu diaplikasikan setelah menitikberatkan nilai-nilai lebih utama yang diatas bagi menentukan keputusan yang ingin diambil agar tidak tersalah memilih sesuatu yang indah pada rupa namun hakikat sebenar adalah sesuatu yang salah.

 

6)      Nilai ekonomi

  • Remaja perlu dari awal tahu menjaga kewangan masing-masing. Jangan anda menunggu sehingga sudah bekerja, kerana kemungkinan ketidakbiasaan bakal menyebabkan anda gagal mengurus kewangan dimasa hadapan. Kerana itulah ramai yang diisyhtihar muflis adalah masih muda dan baru ingin membina kerjaya.
  • Anda remaja harus tahu apa etika dalam berbelanja. Contoh mudah adalah anda yang mengambil PTPTN atau apa-apa bantuan kewangan lain untuk belajar. Berapa ramai diantara anda sentiasa bermasalah apabila tiba hujung bulan atau hujung semester dimana wang pinjaman atau biasiswa yang tinggal hanya cukup membeli mee segera untuk seminggu atau 2 minggu yang akan datang? Renungkan.

 

7)      Nilai teknologi

  • Remaja juga lebih diketengahkan dengan teknologi berbanding dulu.
  • Oleh itu, semua perlu tahu teknologi mampu membawa kebaikan dan keburukan. Pilihan adalah ditangan anda.

 

Kesimpulannya, remaja perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan memerhatikan nilai-nilai mana yang telah dibawa dengan baik dalam diri anda sehingga kini. Maka sekiranya ada kekurangan, anda perlulah memuhasabah diri dan memperbaiki diri dengan merujuk kepada sumber-sumber yang benar sahaja. Semoga segalanya menjadi baik.

Wallahualam.

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here