Pacu Peningkatan Kualiti Pendidikan (Ringkasan)- Bajet 2013

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pengumuman Bajet 2013 pada 28 September lepas mempunyai kaitan yang signifikan dalam usaha menjayakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025.

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

PPP 2012-2025 dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

3 aspek penting pendidikan:

1) Peningkatan kualiti pengajaran guru.

2) Melengkapkan infrastruktur sekolah.

3) Memastikan keberkesanan pelaksanaan melalui pemantauan transformasi tersebut.

Bajet 2013 untuk sektor pendidikan = RM38.7 bilion meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan daripada jumlah keseluruhan bajet RM251.6 bilion.

Bajet 2013 memberi tumpuan bagi menjayakan transformasi pendidikan berdasarkan 3 aspek.

1) Aspek pertama – Meningkatkan kualiti pengajaran guru

  • Peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta
  • Membolehkan guru melaksanakan pengajaran melalui pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran subjek-subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

PPP 2013-2025

  • Anjakan Pertama iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  • Bentuk kemahiran berfikir aras tinggi apabila murid telah berjaya menguasai ilmu, mereka berupaya menganalisis maklumat, berfikir secara kritis dan berkomunikasi dengan berkesan.
  • Anjakan Kedua menekankan setiap murid mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • Meluaskan program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris.
  • Memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun.
  • Peluasan pendedahan kemahiran berbahasa juga dilakukan dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.
  • Anjakan Ketujuh iaitu memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan perbelanjaan yang besar –¬†1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah (dengan akses rangkaian 4G di sekolah)

2) Aspek kedua – Melengkapkan infrastruktur sekolah

  • RM1 bilion di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.
  • Membaikpulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • Peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion lagi –¬†sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tabung Khas

  • RM400 juta daripada RM2 bilion – disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan
  • RM100 juta kepada setiap aliran sekolah lain iaitu SRJK(C), SRJK(T), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah berasrama penuh.

3) Aspek ketiga – Memastikan keberkesanaan pelaksanaan dan pemantauan.

  • Penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan – bertujuan memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi tersebut. Pelaksanaannya boleh menggunakan peruntukan tambahan RM500 juta yang turut digunakan dalam meningkatkan kemahiran guru.
  • Anjakan Keenam dalam PPP 2013-2025 iaitu pengupayaan serta memperkasakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Ringkasan ini diolah dari artikel penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x