Pagi yang indah dan mengembirakan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Gembira?huhu..taklah terlalu gembira, cuma agak lega bila program kepimpinan dah nak tamat. Jadi lepas ni boleh balik untuk berehat sepuas-puasnya..bila bangun pagi tadi rasa lenguh pun ada..tapi nak buat macam mana, tugas tetap tugas, yang penting rasa puas hati akan terbit bila input yang kita beri mampu mendidik sedikit sebanyak personaliti serta sifat positif peserta program.

Kalau ikut jadual xpresi, harini adalah penulisan rakan analisis kan? mungkin lewat petang sikit analisis itu dibuat kerana saya memerlukan masa untuk berehat dan kembali bertenaga untuk menulis. Walaubagaimanapun rakan analisis tetap akan saya huraikan dan soalan analisis baru akan diperbaharui sebelum waktu malam nanti. Kesempatan pagi ini, ingin saya rakamkan rasa terima kasih tak terhingga diucapkan pada rakan-rakan yang turut sama membantu saya dalam menjayakan kursus kepimpinan bagi tahun 2011 ini. Sesungguhnya tanpa mereka sukar untuk kursus ditamatkan dengan jayanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *