


Kami ada menerima soalan bekenaan pakaian atau uniform tingkatan 6 untuk tahun 2014. Sebelum ini tidak timbul isu pakaian tingkatan 6 sebab pemakaian adalah mengikut uniform sekolah biasa. Pakaian sebelum ini berbeza dengan sekolah biasa mungkin hanya warna uniform. Ada yang berwarna kelabu, warna unggu, warna coklat, merah dan banyak lagi. ( pink saya tak pasti )
Isu pakaian tingkatan 6 kini timbul apabila kementerian membuat satu transformasi tingkatan 6 demi menaiktaraf tingkatan 6 iaitu pengajian yang hampir dengan university ataupun dikenali sebagai pra Universiti. Oleh kerana itu banyak pembaharuan diperkenal seperti kerja kursus, tugasan, PBS dan termasuk pakaian tingkatan 6.
Pakaian Tingkatan 6 ?
Ada disebutkan dalam arahan pembaharuan menetapkan pakaian casual. Casual yang macam mana? Tinjauan pihak kami, ada sekolah yang terus menerus membenarkan kebebasan berpakaian kepada pelajar tingkatan 6 dan ada juga yang menetapkan hari-hari tertentu sahaja boleh berpakaian casual. Ada juga sekolah yang mempelbagaikan pakaian mengikut hari seperti ada ditetapkan hari untuk pakaian uniform sekolah, batik, casual, badan beruniform, pakaian tradisional. Tinjauan kami kebanyakan keputusan pemakaian dibuat adalah mengikut mesyuarat guru tingkatan 6. Walau demikian, ada juga pihak Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri yang menetapkan pakaian untuk diselaraskan mengikut sekolah-sekolah dibawahnya.
Perspektif Timbalan Menteri Pendidikan I
Kami tertarik tentang satu penghantaran gambar yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan I , Datuk Mary Yap Kain Ching, Beliau tertarik dengan gambar yang dipetik dari Utusan Malaysia ( Muka Hadapan ) 6 Mei 2014 bekenaan pelajar tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V , seremban Negeri Sembilan. Dari akhbar bertajuk “ Kasual Tingkatan Enam “ memperlihatkan kegembiraan pelajar tingkatan 6 sekolah bekenaan kerana berpakaian Kasual.- Sumber.



Ini menunjukkan secara tidak langsung keperihatinan dan kegembiraan Timbalan Menteri dalam pelaksanaan pakaian Kasual ini.
Kesimpulan
Untuk menjawab isu pakaian ini, mungkin penulisan diatas boleh memberi gambaran bekenaan pakaian tingkatan 6. Pelajar yang keliru perlulah bertanya kepada guru penyelia tingkatan 6 disekolah yang dipilih, mungkin berlaku perbezaan dalam etika berpakaian.