Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Sejak pengistiharaan Perintah Kawalan Pergerakkan hampir seluruh Malaysia telah meningkatkan lagi kebimbangan rakyat Malaysia. Hal ini disebabkan oleh PKP ramai yang terkesan kerana kehilangan pekerjaan. Justeru itu, pihak kerajaan telah menyediakan satu inisiatif Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

PERMAI



Tujuan pakej PERMAI ini diperkenalkan bagi membantu rakyat dalam:-

  • Memerangi wabak COVID -19
  • Memelihara kesejahteraan rakyat
  • Menyokong kelangsungan perniagaan

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) wujud disebabkan perlaksanaan PKP buat kali ke-2 yang hampir melibatkan 90% daripada negeri di seluruh Malaysia. Pakej ini bagi membantu seluruh rakyat yang terkesan akan pandemik COVID -19 dan pengistiharaan PKP buat kali ke-2 ini.

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

Tujuan Pertama Pakej PERMAI : Memerangi Wabak COVID -19

PERMAI

Tujuan bagi memerangi wabak ini, pihak kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak 1 billion ringgit. Ianya merangkumi 800 juta ringgit untuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selebihnya diberikan kepada Majlis Keselamatan Nehara (MKN) dan agensi-agensi lain yang terlibat.

Dana yang diberikan kepada pihak KKM bagi menambahkan lagi reagen dan kit saringan serta peralatan PPE terutamanya kepada pertugas barisan hadapan yang banyak berjuang demi seluruh rakyat Malaysia.

“Sekiranya barisan hadapan lumpuh, maka seluruh ekonomi di Malaysia juga akan lumpuh.Justeru itu, patuhilah segala SOP yang diberikan agar barisan hadapan tidak lumpuh dan ekonomi Negara tidak merundum”

 

***Sesungguhnya kini rakyat juga adalah barisan hadapan yang perlu menjaga keselamatan diri sendiri***

Insiatif bagi tujuan pertama pakej ini adalah:-

a) Perlaksanaan Program Vaksinasi COVID -19

b) Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara

Dalam insiatif ini pihak kerajaan telah menambah lebih daripada 3,5000 anggota kesihatan yang bakal memulakan tugas pada hujung bulan ini. Pertugas kesihatan yang ditambah terdiri daripada:-

  • Pegawai perubatan
  • Paramedik
  • Juruteknologi makmal
  • Jururawat
Info Tambahan :  Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Mulai 15 Jun 2021

BERITA BAIK BUAT BARISAN HADAPAN!!!

Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada petugas barisan hadapan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun ini. Manakala, bayaran bulanan sedia ada iaitu RM600 bagi barisan hadapan dan RM200 bagi barisan hadapan yang lain akan tetap dibayar sehingga pandemik COVID -19 ini berakhir.

c) Meningkatkan kerjasama dengan Hospital Swasta

Pihak kerajaan juga sedang mengadakan usahasama dengan pihak Hospital Swasta untuk menerima dan merawat pesakit positif COVID -19 dan BUKAN pesakit COVID -19. Ianya bagi meringankan bebanan yang digalas oleh sistem kesihatan awam. Dalam inisiatif ini, pihak kerajaan akan menyediakan 100 juta ringgit bagi tujuan usahhasama ini.

d) Memperkukuhkan saringan kesihatan pekerja

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) 1

PERKESO akan terlibat dalam pelaksanaan Program Ujian Saringan COVID -19 ke atas pekerja asing yang berdaftar. Kos saringan akan di tanggung sepenuhnya oleh pihak PERKESO di zon-zon merah bagi mengenalpasti kluster COVID -19 di tempat kerja.

INFO TAMBAHAN!!!

Bagi menyokong lebih ramai individu membuat ujian saringan dan pengesanan COVID -19 secara persenderian, skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh dinaikkan daripada RM500 ke RM1,000.

Tujuan Kedua Pakej PERMAI : Memelihara Kebajikan Rakyat

Tujuan ini bagi membantu rakyat yang terkesaan akan perlaksanaan PKP ini terutamanya bagi golongan yang bergantung kepada upah harian.

Insiatif bagi tujuan kedua pakej ini adalah:-

a) Mempercepatkan bayaran bantuan prihatin rakyat (BPR)

b) Memperkukuhkan progran kebajikan

“Dibawah belanjawan 2021 yang lepas pihak kerajaan telah meningkatkan kadar pembayaran wang bantuan kebajikan bulan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021”

c) Meneruskan tempoh moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) 2

“Lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pijaman ini bergantung kepada pihak bank mengikut akta yang dikeluarkan oleh Bank Negara”

d) Menambah baik program I-sinar

PEMBERITAHUAN!!!

Pihak KWSP telah bersetuju untuk membuat pembayaran pendahuluan sehingga Rm1,000 bagi permohonan kemudahan I-sinar kategori 2. Hal ini bagi melestarikan kehidupan rakyat selepas perlaksanaa PKP buat kali kedua dan disebabkan oleh bencana banjir.

Info Tambahan :  PISMP: Syarat Kelayakan Ke Institusi Pendidikan Guru (IPG) Lepasan SPM

e) Melanjutkan tempoh perlepasan cukai khas ke atas pembelian telefon pintar, komputer dan tablet.

 

“Perlepasan cukai khas disebabkan keperluan normal baharu yang bergantung kepada penggunaan alat digital, pihak kerajaan menyediakan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang berakhir pada 31 Disember 2020 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021”

f) Melanjutkan tempoh capaian internet percuma

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) 3

“Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia mulai 1 Januari 2021 sehingga hujung April 2021”

Manakala, bagi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM an diberikan pakej langganan khas untuk pelajar.

g) Melanjutkan tempohMoratorium bagi Peminjam PTPTN

Tujuan ketiga Pakej PERMAI : Menyokong kelangsungan perniagaan

Disebabkan pengistiharaan PKP buat kali kedua, pihak kerajaan faham bahawa akan banyak lagi sektor perniagaan yang bakal lumpuh. Justeru itu, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh sektor perniagaan menerusi bebrapa langkah yang effektif.

Insiatif bagi tujuan ketiga pakej ini adalah:-

a) Menambah baik program subsidi upah
b) Meneruskan geran khas prihatin
c) Menyediakan bantuan kewangan one-off kepada pemandu teksi dan bas
d) Mempercepatkan pelaksanaan skim mikrokredit
e) Menyokong merancakkan pernigaan dalam talian
f) Menjadualkan semula dan melanjutkan tempoh moratorium bagi pinjaman MARA dan sewaan premis MARA
g) Meneruskan pemberian diskaun bil elektrik

 

Dalam setiap satu rangsangan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan menunjukkan bahawa bertapa pihak kerajaan mengambil berat akan situasi yang dihadapi oleh rakyat. Justeru itu, marilah kita berganding bahu membantu kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara dengan mengikut segala arahan dan SOP yang telah disediakan bagi melestarikan lagi ekonomi negara.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”

Rujukan:-

1) https://www.pmo.gov.my/2021/01/special-announcement-on-the-perlindungan-ekonomi-rakyat-malaysia-permai-assistance-package/

2) http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/01/pakej-bantuan-perlindungan-ekonomi-dan-rakyat-malaysia-permai

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments