Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021

Pakej perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021 yang telah diwar-warkan oleh pihak kerajaan pada 28 JUN 2021. Menerusi pakej perlindungan ini, pihak kerajaan akan meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi kebangsaan.

Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021

Pakej Perlindungan Rakyat

Menerusi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021 ini terdapat beberapa fokus utama yang di utamakan oleh pihak kerajaan. Antara fokus yang di pertengahan oleh pihak pakej perlindungan ini adalah:-

Pakej Perlindungan Rakyat

1) Meneruskan agenda Prihatin Rakyat 

Pihak kerajaan akan meneruskan agenda Prihatin Rakyat dengan menyediakan :-

a) Bantuan Khas COVID -19 (BKC)

Bantuan Khas COVID -19 (BKC) buat semua rakyat yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini. Menerusi BKC ini, rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar, B40 dan M40 akan menerima bantuan daripada pihak kerajaan. Bantuan ini akan mengikuti taraf kelayakan bantuan anda.

Bagi kategori miskin tegar :-

  • Isi rumah RM1,300
  • Bujang RM500

Bagi kategori B40 :-

  • Isi rumah RM800
  • Bujang RM200

Bagi kategori M40:-

  • Isi rumah RM250
  • Bujang RM100
“Isi rumah bermaksud mereka yang sudah mempunyai ahli keluarga/ sudah berkahwin yang terkesan akan pandemik COVID -19 ini”

Bantuan Khas COVID -19 ini akan memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas serta bujang. Justeru itu, sebagai rakyat yang bijak gunakanlah bantuan yang diberikan secara berkhemah. 

b) Bantuan kehilangan pendapatan

Bagi bantuan kehilangan pendapatan ini, pihak kerajaan akan menyediakan bantuan sebanyak RM500 kepada 1 juta individu yang terkesan. Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan. 

Info Tambahan :  SSPN-i Plus : 5 Langkah Mudah Untuk Membuka Akaun SSPN-I Plus
c) Bayaran BPR

Bayaran BPR tambahan akan dibayar mulai esok, 29 Jun 2021 manakala BPR fasa ketiga akan dibayar mulai September 2021. Maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.

d) Elaun Mencari pekerjaan 

Menerusi program elaun mencari pekerjaan ini, pihak kerajaan akan meluaskan lagi bantuan BUKAN sahaja kepada pencarum PERKESO malahan mereka yang BUKAN pencarum juga akan mendapat manfaatnya. Elaun yang bakal mereka perolehi adalah SEKURANG-KURANGNYA RM300. 

“Elaun mencari pekerjaan ini adalah koleberasi di antara PERKESO dan MyFutureJobs Malaysia”

Antara yang bakal mendapatkan manfaat adalah

  • Graduan baharu
  • Pelajar lepasan SPM
  • Pekerja sektor tak formal
e) Program bakul makanan

Pakej Perlindungan Rakyat

Menerusi program bakul makanan ini, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM300,000 bagi setiap ahli parlimen TIDAK kira pembangkang mahupun pihak kerajaan. Manakala, sebanyak RM10 juta untuk melaksanakan bantuan bakul makanan khusus buat orang asli. 

f) Rebat Elektrik pengguna domestik

Rebat elektrik pengguna domestik akan diberikan kepada semua rakyat. Diskaun bil elektrik adalah sebanyak 5-40% mengikut kadar elektrik yang digunakan di dalam rumah. Rebat Elektrik ini akan dilanjutkan sehingga Disember 2021. Manakala, bagi sektor elonomi yang terjejas diskaun bil Elektrik adalah sebanyak 10%. 

g) 1Gb data internet percuma

1Gb data internet percuma ini sama seperti PKP 1.0 dahulu. Ianya bertujuan bagi memudahkan lagi urusan mereka yang bekerja dari rumah untuk membuat pekerjaan mereka serta anak-anak yang belajar dari rumah (PdPr). Program 1Gb data internet percuma ini akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Ianya bakal memberi manfaat kepada 44 juta pengguna seluruh Negara. 

Info Tambahan :  Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pendidikan 2021

2) Menyokong Perniagaan

Bagi memastikan rakyat yang bekerja di sektor BUKAN essential masih mempunyai pekerjaan tetap maka pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan sokongan kepada pernigaan yang terkesan. Justeru itu, pihak kerajaan akan meneruskan program:-

a) Program Subsidi Upah (PSU) 4.0

Pakej Perlindungan Rakyat

Program subsidi upah ini bagi memastikan majikan TIDAK membuang pekerja atau bagi memastikan majikan mengekalkan pekerja sepanjang PKP 3.0 ini dilaksanakan. Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam pelaksanaan PSU 4.0 ini. 

b) Geran Khas Prihatin 4.0

Geran khas Prihatin ini adalah bagi membantu perniaga yang terkesan akan pendemik ini. Geran Khas prihatin ini akan menyediakan bantuan kepada perniaga. Jangka masa penyaluran yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah:-

  • RM500 pada bulan September dan
  • RM500 pada bulan November 2021
c) Penjana kerjaya 3.0

Penjana kerjaya merupakan salah satu program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka yang mengalami masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Walaubagaimana sekalipun, pihak kerajaan telah menambahbaik program ini dengan mengurangkan had kelayakan gaji kepada pekerja.

Had pengurangan gaji daripada:-

  • RM1,500 kepada RM1,200
  • Daripada tempoh pengajian kontrak dilonggarkan 12 bulan kepada 6 bulan.

Diharapkan dengan adanya Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 2021 dapat meringankan beban mereka yang terkesan akan pandemik ini. Walaupun bantuan ini kelihatan sedikit tetapi ianya mampu membuatkan mereka yang terkesan akan pandemik ini mampu untuk menarik nafas lega kerana akhirnya ada juga bantuan daripada pihak kerjaan buat mereka yang memerlukan.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments