- TM
Informasi ini bagi memaklumkan satu pameran pendidikan dan kerjaya bakal diadakan oleh Telekom Malaysia TM 2012. Telekom Malaysia merupakan sebuah badan bidang telekomunikasi yang besar di Malaysia membuka sekali lagi peluang kepada remaja untuk mendapat peluang pekerjaan serta maklumat-maklumat berkaitan pendidikan melalui pameran yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kelebihan Pameran Pendidikan kerjaya TM
- Menawarkan lebih 300 peluang pekerjaan
- Menjalankan temuduga secara terus pada hari bekenaan untuk peluang pekerjaan yang ditawarkan
- Memberikan peluang pengajian yang lebih tinggi
- Menawarkan pinjaman serta biasiswa
- Menjalankan sesi penerangan serta membantu pelawat dalam memilih kerjaya masa depan.
Bila dan dimana ia dianjurkan?
Menurut maklumat yang kami terima, setakat ini ia dianjurkan di :
TM Convention Center, Menara TM
6 – 8 April 2012
Terdapat banyak aktiviti mengikut jadual yang akan dilaksanakan nanti..
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda dinasihatkan terus ke portal rasmi TM ataupun boleh terus melihat Iklan Penuh acara yang disertakan.