Panduan Bagaimana Mencari Biasiswa

0
13

Kos perbelanjaan untuk kursus di institusi pengajian tinggi menelan jumlah yang tinggi. Pelajar perlu bijak dan tahu bagaimana untuk mencari biasiswa bagi menampung sejumlah perbelanjaan tersebut yang merangkumi yuran pengajian dan juga kos sara hidup pelajar di universiti.

Mencari Biasiswa
Mencari Biasiswa

Sehubungan itu, pelajar perlu mencari peluang yang ada bagi mendapatkan biasiswa dari pelbagai badan seperti MARA, JPA dan selainnya. Saya kongsikan beberapa panduan kepada anda sebagai rujukan untuk mendapatkan biasiswa mahupun tajaan pelajaran.

5 Panduan Mencari Biasiswa

  1. Rajinkanlah diri untuk mencari tawaran-tawaran biasiswa yang diiklankan di surat khabar. Apabila telah jumpa tawaran biasiswa tersebut, pastikan anda membuat semakan berkenaan syarat kelayakan serta tajaan dari pihak berkenaan. Pastikan juga anda tidak terlepas dari tarikh tutup permohonan. Tidak rugi sekiranya anda rajin membeli surat khabar.
  2. Carilah tawaran biasiswa di semua universiti yang membuka peluang kepada pelajar mereka menerima tajaan pelajaran. Kemudian teliti semula syarat dan kursus-kursus yang layak menerima tajaan tersebut. Sekiranya syarat dan kursus tersebut bersesuaian dengan anda, tidak salah untuk dipertimbangkan.
  3. Kebiasaanya, ibu bapa yang bekerja di syarikat-syarikat besar akan menawarkan biasiswa kepada anak-anak kakitangan. Minta kepada ibu bapa anda untuk bertanyakan kepada pihak majikan berkenaan kelayakan anda untuk memohon biasiswa tersebut. Gunakan peluang anda sebagau anak kakitangan dengan sebaiknya.
  4. Dapatkan maklumat biasiswa di portal MARA, JPA ataupun di portal yayasan negeri. Setiap negeri akan membuka tawaran tajaan kepada anak-anak negeri mereka. Ini lebih menguntungkan anda sebagai anak jati negeri yang berpeluang mendapat tajaan bagi negeri anda.
  5. Mohonlah bantuan daripada wakil rakyat di kawasan anda. Jika nasib menyebelahi anda, kemungkinan besar anda berpeluang mendapat tajaan. Tidak salah mencuba bukan. Seperti anda sedia maklum, wakil rakyat memounyai pengaruh yang besar. Jadinya tidak mustahil jika anda mohon mendapatkan bantuan tajaan daripada mereka.
  6. Cuba memohon daripada bank-bank komersial seperti Maybank, CIMB dan institusi-institusi kewangan lain yang menawarkan tajaan pelajaran. Ia lebih menguntungkan anda bila berjaya mendapatkan tajaan daripada mereka. Ini kerana, besar peluang untuk anda diserap bekerja setelah menamatkan pelajaran.
Baca Juga :  Semak Keputusan Peperiksaan Anak SAPS Ibu Bapa

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

Panduan Percuma, Teknik Pendapatan Sampingan 4-5 angka Sebulan 

Apa Komen Anda :