Panduan Bekerja Di Tempat Baru

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Kerja
Kerja

Setiap orang pastinya akan mengalami bekerja di tempat baru. Kami bekalkan anda dengan panduan bekerja di tempat baru. Mungkin ia berguna untuk anda apabila mula berhadapan dengan rakan baru dan persekitaran baru.

‘’Macam mana agaknya persekitaran tempat baru ni, bagaimana pula dengan kawan-kawan sekerja, skop kerja bagaimana yang aku ditugaskan?’’

Persoalan di atas sering kali bermain di minda setiap orang yang pertama kali menjejakkan kaki di tempat kerja yang baru. Usah bimbang jika anda punyai perasaan sebegitu. Bukan hanya yang berperasaan begitu, namun hampir kesemua orang yang baru melangkah ke tempat kerja yang baru akan merasai perkara yang sama seperti anda. Ianya normal disebabkan faktor-faktor yang anda perlu lalui dan hadapi buat pertama kali.

Saya kongsikan beberapa panduan buat anda yang mungkin punya tahap peratusan kebimbangan yang terlalu tinggi. kawal perasaan itu dan tanam sifat keyakinan diri yang tinggi agar anda dapat bekrja dalam susana yang tenang juga harmoni. Usah biarkan ia mengganggu emosi anda dengan mudah.

Berikan ucapan salam dan bermanis muka

  • Hal ini amat penting buat anda yang baru pertama kali melapor diri di tempat kerja baru. Hulurkanlah salam dan senyum sehabis manis kepada semua staff tidak kira apa jua pangkat mereka di syarikat mahupun dalam sesebuah jabatan tersebut.  Saya faham jika anda berasa gugup dan malu. Tapi jangan sesekali membiarkan perasaan malu dan gugup menakluki mental juga diri anda ketika itu. Jangan biarkan mereka beranggapan anda seorang yang sombong. Jika ianya terjadi, ianya mampu mengundang masalah buat anda yang bekerja di situ.
Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Datang awal ke tempat kerja

  • Binalah reputasi diri yang baik di tempat kerja baru. Datanglah 10 minit awal agar ada dapat melihat suasana  kerja pekerja di tempat kerja baru anda. Kebiasaanya, mereka yang dapat menghadirkan diri awal ke tempat kerja ini erupakan insaninsan yang dapat menguruskan masa mereka dengan baik jugaseorang yang mempunyai disiplin yang tinggi.  tapi harus diingat, janganlah pada hari pertama sahaja yang anda awal kedatangannya. Biarlah ianya berterusan. Istiqomah gitu ye.

Buat pemerhatian terhadap rutin kerja staff lama

  • Menjadi kebiasaanya, kita yang baru akan menjadi perhatian staff lama. Itu perkara biasa. Mungkin juga mereka akan uji diri kita. ‘’uji’’ di sini bukanlah mereka buli anda, tapi mereka ingin melihat sejauh mana tahap  kesungguhan dan kebolehan anda dalam melakukan tugas kerja. Oleh yang  demikian, anda juga amat perlu untuk membuat pemerhatian baru terhadapa cara mereka bekerja. Cara kerja orang lama dan baru, terlalu jauh beza. Jadi tidak salah sekiranya  anda cuba mengadaptasi cara kerja mereka. mungkin lebih memudahkan barangkali.
Info Tambahan :  Cara Memilih dan Kursus Popular Di Universiti

Banyakkan mendengar daripada bercakap.

  • Awasilah diri anda sendiri dengan sebaik mungkin. Jika ada staff lama yang bercerita keburukan staff lain, janganlah anda ringan mulut menokok tambah berdasarkan pemerhatian anda yang baru bekerja itu. Sangat tidak elok ye. Kalau boleh, jauhi lah sifat  mudah termakan kata-kata. Perlu anda ingat, setiap orang punya personaliti dan cara bekerja yang berbeza.  Barangkali pada pandangan mata staff yang bercerita keburukan tentang staff ‘’si simpulan’’ itu dia tidak serasi bekerja dengan kerja mahupun  selesa dengan perangai ‘’si simpulan’’. Maka menjadi satu isu dan  tidak suka timbul pada diri. Harus anda ingat, tidak semua orang suka dengan cara kita. Dan tidak semua orang juga tidak suka dengan cara kita. Perlu untuk anda imbangi mana yang perlu diambil atau diketepkan sahaja. Whether you take it or leave it.

Mengaku kesalahan diri.

  • Almaklumlah, kita ini baru sahaja bekerja. Masih mentah dalam kerja-kerja baru. Masih juga ditahap zero pengalaman juga pengetahuan. Jadinya, bila kita melakukan salah, perlulah kita segera mohon maaf. Tak rugi pun sekiranya kita menghulurkan kata-kata maaf. Malah ianya menguntungkan diri kita sendiri.

Semoga segala yang saya kongsikan dapat membantu anda di tempat kerja baru. Sekiranya, anda punya panduan lain untuk dikongsikan , anda boleh komen di bawah. Jika kita mampu kongsi pengalaman mahupun ilmu yang kita miliki, ianya menunjukkan kita adalah insan perihatin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *