Tidak semua orang mampu belajar “last minute”. Tetapi terpaksa berhadapan situasi belajar last minute apabila jarak antara peperiksaan kertas untuk satu sabjek kepada subjek lain terlalu rapat. Masing-masing menjadi gabrah dan buntu. Apa tidaknya, baru sahaja selesai menjawab peperiksaan, tetali dah kena belajar untuk pepriksaan subjek lain. Otak dah tepu, fikiran pun tak boleh nak menghadap buku lg untuk ulangkaji dari awal.
Bagaimana untuk anda menghadapi situasi sebegini ? Saya kongsikan kepada anda 4 panduan yang boleh digunakan sekiranya anda berhadapam situasi study “last minute”
5 Panduan Belajar “Last Minute”
- Semakan pada nota
- Lihat nota-nota yang diberikan guru ataupun pensyarah anda yang lebih memfokuskan kepada topik yang kerap ditanya di dalam peperiksaan. Ini lebih mudah difahami berbanding jika anda membuat ulangkaji dari mula. Gunakan nota yang diberikan sebaik mungkin agar anda dapat menguasai topik yang berkaitan dengan baik.
- Fokus info Penting
- Gunakan kelebihan anda dalam membuat nota-nita ringkas dan “keyword” untuk setiap nota tersebut. Contihnya di sini, anda boleh membuat “mind map”. Nota yang ringkas menggunakan keyword yang mudah lebih cepat diingati dan diterima otak.
- Baca Topik Penting
- Agak mustahil untuk anda mengigati semua topik dalam satu malam. Sebaiknya, anada lebih memfojuskan kepada topik yang menjadi tumpuan dan target guru ataupun pensyarah. Percayalah, walaupun tidak banyak topik yang keluar daripada target yang diberikan, tetapi ianya amat membantu. Ia lebih baik berbabding daripada anda tiada pengetahuan langsung dengan semua topik.
- Review sepintas lalu
- Setelah anda selesai memahami untuk satu topik, anda digalakkan untum membuat review sekali imbas berkaitan topik tersebut. Ia bertujuan untuk mengujur tahap kefahaman anda terhadap topik tersebut. Sekiranya anda berjaya dalam review sepantas lalu anda, bermakna anda telah cukup memhaami topik tersebut dan boleh berpindah kepada topik lain.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam untuk belajar secara last minute. Ada baik dan buruknya juga belajar secara last minute. Apa pun, kena yakin pada diri dan berusaha. Pasti kejayaan dalam genggaman anda.