Mengalami masalah hutang merupakan sesuatu yang memeritkan, bertindak untuk mengatasi masalah hutang perlu untuk melepaskan diri dari dibelenggu dan dikurung emosi oleh gesaan-gesaan peminta hutang. Saya ada menerima email permintaan dari salah satu pelawat xpresi.org ini inginkan nasihat untuk keluar dari hutang. Diharap ia mampu memberikan sedikit kelegaan kepada yang mempunyai masalah hutang ini.
Sedari mengalami masalah hutang
Perkara utama yang perlu kita lakukan ialah sedar bahawa diri kita sedang mengalami masalah hutang. Kesedaran ini penting jika kita masih hanyut mengikut nafsu berbelanja membuatkan hutang makin bertambah. Untuk itu, cuba anda kaji adakah gaji bulanan anda boleh disimpan? Atau senarai membayar awal bulan memakan lebih atau hampir 50-80 % gaji anda? Jika ya bagi kedua itu maka perlu anda tahu bahawa anda perlu duduk dan bertindak untuk mengurangkannya. Bagaimana dengan yang bergaji 10 ribu? Jika 50% digunakan untur bayar ansuran ia masih ada lagi 5 ribu..masih lagi mencukupi…Ya, memang ia mencukupi..Tetapi sekiranya anda tambahkan kesemua jumlah pinjaman anda mungkin jumlah sebenar pinjaman terlalu banyak , Jika pinjaman 200 ribu bayaran bulanan kira-kira 1 ribu..jika bulanan 5 ribu..bukankan 1 Juta?. Untuk pengetahuan anda jika kita mempunyai 1 Juta ia boleh menanggung kehidupan kita tanpa bekerja selama 30 tahun dengan purata gaji 2500 sebulan..Besar kan jumlah tu?
Membina pendapatan sampingan
Susah? Jawapan yang biasa didengar..Tapi jika anda mencari pendapatan memanglah sukar, tetapi jika anda mencari pendapatan sampingan memang mudah. Sampingan dimaksudkan bukanlah pendapatan lebih dari 1000 sebulan, pendapatan sampingan cukuplah sekadar 300-500 sebulan yang pastinya anda dapat duit nyata hasil menjual barang atau khidmat dan bukannya skim cepat kaya. Kenapa sikit? Ia bukan dapat selesaikan masalah?? Ya..ia memang tidak dapat selesaikan masalah hutang anda, tapi sedarkah walaupun pendapatan 100 sebulan pun sebenarnya ia lebih baik dari keadaan anda sekarang ini yang hanya berputus asa. Bagi saya jika mejual air di pasar malam sekalipun boleh dapat lebih dari 800 sebulan. Malah ada penjual burger yang mendapat 1000 sehari.
Hindari penggunaan duit maya
Duit maya bagi saya ialah anda bermain dengan nombor, anda berbelanja pun dengan nombor. Cukup bulan anda akan menerima penyata juga tertulis nombor. Secara psikologi anda tidak atau kurang rasa apa-apa kesan apabila bermain dengan nombor ini berbanding anda memberikan sehelai demi sehelai duit anda kepada orang lain. Contohnya jika anda ingin membeli barang berharga 500 anda akan berasa senang memberikan sekeping kad untuk berbelanja. Tetapi jika anda terpaksa bersusah pergi ke mesin ATM, membawa duit dan mengira satu persatu duit untuk cukupkan jumlah 500 itu mungkin anda rasa banyak, sayang dan mungkin tidak jadi membelinya.
Susun keutamaan membayar hutang
Bila berhutang pasti ada yang menuntutnya, cuba susun keutamaan pembayaran hutang dimulai dengan yang meminta dahulu, seterusnya yang mana lebih penting dahulu. Utamakan yang segera dan penting dahulu, selepas itu segera tapi tidak penting, kemudian tidak segera tetapi penting dan akhirnya yang tidak penting dan tidak segera.
Teknik curi dari duit sendiri
Mencuri? Saya rasa kalau mencuri duit sendiri rasanya tak berdosa kot..hehe..Teknik ini dikatakan agak lucu tetapi ia mampu meningkatkan disiplin diri menyimpan duit. Bagaimana? Ia mudah, jika anda ke mesin ATM untuk mengambil RM 100 untuk berbelanja, pastikan anda mencuri RM 10-20 dari RM 100 yang anda ambil tu simpankan ia ditempat selamat. Bemakna anda hanya ada RM 80 je lah untuk berbelanja. Biarlah, sekurang-kurang nafsu berbelanja anda kan menjadi hanya berkisarkan RM 80 tu..ia lebih baik dari nafsu berbelanja RM 100. Pada masa yang sama anda telah menyimpan RM 20. Ia nampak lucu sebab ia duit dan pendapatan yang sama sahaja tidak bertambah. Tetapi hakikat ia secara psikologi mendisiplinkan diri dan mengawal nafsu berbelanja anda.
Bayar ikut masa
Membayar ikut masa memanglah penting, seperti mana yang dinyatakan sebelum ini utamakanlah yang segera dan penting dahulu. Apabila berhutang, perlu disegerakan kerana ia mempunyai bunga masing-masing. Kalau kewangan terhad untuk membayar hutang-hutang utamakan dulu hutang yang mempuyai bunga yang tinggi peratusnya.
Buat pekiraan perbelanjaan bulanan
Membuat perkiraan ini banyak sebenarnya membatu. Hal ini kerana segala kekusutan dapat dinyatakan di atas kertas akan memudahkan perancangan anda untuk menyelesaikannya. Kaedah menulis jumlah hutag dan pendapatan ini amat sesuai malah digunapakai sebagai salah satu teknik psikologi dan kaunseling. Apabila anda pandai menulis segala kekusutan hutang dikertas, saya pasti anda akan nampak jalan penyelesaiannya.
Diharap pembaca dapat sedikit informasi dari perkongsian saya ini, dibawah ialah petikan email permintaan dari salah seorang pelawat xpresi.
Salam penulis,
Saya teruja sangat bila membaca post2 penulis yg betul2 menyejukkan
hati n jiwa saya yang baru2 nie dilanda “stress” akibat berhutang
dengan along dan pinjaman bank..akibatnya saya rasa hilang harga diri
n rase dipandang hina kerana hutang..ras rendah diri menyelubungi
diri..ingin saya berkongsi dgn tuan disini. Pertama sekali saya ingin
meminta pandangan bagaimana saya bleh kaur dari masalh ini..Semoga
dengan perkongsian ini dplah terubat jiwa saya yg semakin hari semakin
parah..tak tahu nak buat apa untuk angsaikan segalanya sebelum saya
menghembuskan nafas terakhir..Tolonglah bantu saya, mudah2 an idea yg
tuan berikan mampu menjana semula kekuatan rohani saya. Terima kasih
dan saya akan setia menunggu dr jawapan tuan..Terima kasih sekali
lagi.
Semoga membantu, Terima kasih